KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP EKONOMI TANAH MELAYU
PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL KOMODITI
Sebelum
Perang Dunia Kedua, ekonomi di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada dua
sumber iaitu, bijih timah dan juga getah. Tanah Melayu merupakan pengeluar
bijih timah yang terbesar dunia. Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40
peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah
Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah
disebabkan oleh jumlah keuntungan yang diperolehi hasil pengeksportan bijih
timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar
bijih timah yang terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38000 tan
setahun.
Selain
bijih timah, getah juga turut ditanam di Tanah Melayu sebagai salah satu
tanaman ladang untuk tujuan eksport di Tanah Melayu. Ini menunjukkan
peningkatan pengeluaran dalam hasil komoditi. Namun begitu, terdapat dua jenis
tanaman yang telah ditanam sebelum penanaman getah. Tanaman itu ialah lada
hitam dan kopi.
Di
Malaysia,
penanaman lada hitam terkenal di Sarawak.
hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap. Lazimnya, pokok
lada hitam ditanam untuk itu buahnya, yang biasanya kering untuk digunakan
sebagai rempah dan perisa. Lada hitam berasal dari selatan India, dan secara
meluas ditanam di sana dan di tempat lain di tropika wilayah. Pada masa ini Vietnam
adalah pengeluar terbesar di dunia dan pengeksport lada hitam, menghasilkan 34%
daripada tanaman Piper nigrum dunia pada 2008.
Kopi
telah ditanam di kawasan tanah yang telah diperun dan dibersihkan. Tanaman kopidi negara ini banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. lanya diusahakan secara tanaman
tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada. Negeri-negeri pengeluar utama jenis
kopi ini ialah Johor dan Selangor
SEJARAH KEMERDEKAAN DAN SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN(TUNKU ABDUL RAHMAN)
PENGENALAN
Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun
1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan
kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka
pada tahun 1641.Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 ,penjajah
British mencampuri urusan pentadbiran
tempatan. Penentangan British berlaku di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sabah
dan Sarawak. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun
semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar
disanjung.Sebab mereka gagal ialah disebabkan oleh kekurangan strategi
peperangan dan kurang senjata yang moden.
Selepas kedatangan British,serangan tentera
Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara
keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945
telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di
negara ini.
Selepas itu,penentangan hebat terhadap
Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British
mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan UMNO
pada 11 Mei 1946 dengan slogan’hidup melayu’menggabungkan suara
pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan
secara ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan
Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Selepas pemimpin UMNO dipindah dari Dato’ Onn
kepada Tunku Abdul Rahman,slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai
dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO.Semasa ingin menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu,UMNO,MCA dan MIC bergabung menjadi Parti Perikatan.Parti Perikatan
telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya dan seterusnya
mendapat sokongan orang ramai.
Pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi
mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada
termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.
Kepulangan rombongan ini disambut meriah apabila Tunku mengisytiharkan Tanah
Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia
dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini
perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi
tetapi diperoleh selepas ramai pejuang tanah air berkorban kerana ingin
membebaskan tanah air seperti Mat Salleh dan lain-lain. Perjuangan menuntut
kemerdekaan negara terpaksa melalui onak duri dalam tempoh yang amat panjang.
Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dihargai oleh semua
rakyat dan menjadi teladan hidup mereka.
.
Tunku Abdul Rahman
Pengenalan
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah,
lahir pada8 Februari1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember1990 merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan
pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang
teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang
sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Semasa kecil,
Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya
yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan
melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit
puru di kakinya.
Tunku telah
banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun
segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah. Bapa Perpaduan Malaysia ini
telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.
Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian
tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.
Tunku Abdul
Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah . Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan
penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela
nasib pemandu-pemandu teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar
misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961.
Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang
British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha
meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai
“Bapa Keamanan dan Perpaduan”.
Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti
Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan
negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian
dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah.
Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan
menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk
negara yang merdeka.
Beliau juga
merupakan seorang yang aktif dalam sukan. Mempunyai banyak hobi termasuk
menunggang kuda, memancing ikan dan memasak.
Meminati bidang sukan sejak kecil terutama menunggang kuda dan bermain golf.
Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati. Pernah dilantik sebagai
Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu, Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat
Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Febuari, 1954.
Tunku dilantik
sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957.
Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.
Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai
Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,
Kedah. Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan
Pengarah Keselamatan Awam Kedah. 1943 pula, beliau telah dilantik menjadi
Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di
Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Pada tahun 1954,
Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya.
Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut,
pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti
campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada
52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang
pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun
1955 .
Pada tahun 1955,
Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos1957 diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!".
Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman
suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan
lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
Pada tahun 1955,
Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan
sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
Sumbangan Sosial
Walaupun beliau
seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi
sumbangan beliau bukan hanya tertakluk dalam bidang politik sahaja,beliau juga
menyumbang tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang
kesenian dan lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu
teladan atau ‘role model’yang baik bagi semua ahli politik dan juga pemimpin.
Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh dapati bahawa Tunku seorang yang
rendah diri,bersemangat patriotik,bersemangat kenyal, mengambil berat kebajikan
rakyat dan lain-lain.
SUMBANGAN DALAM
PENULISAN
Tunku merupakan
seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang
ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau masih
bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan
Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.
Sepanjang 16
September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53
artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan
buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau
meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I
See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan
masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.
Beliau
turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of
Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary
Issuus in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political
Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa.
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
Tunku juga
berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan.
Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan
Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan
menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
Tunku telah
menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “Mahsuri”, “Raja
Bersiung” dan “Sumpahan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan antara filem
Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma
bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai
1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian States) yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai.
Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan
Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia
menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia
diisytiharkan.
Ketika berusaha
menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan
untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi
konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan
Filipina, 3 Jun 1966 .Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung
Pertama Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
SUMBANGAN DALAM
PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah
banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran.
Menjadi Presiden
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan
daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan
yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
Tunku Abdul
Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan
PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah
anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku
Abdul Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada
pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975.
Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya
menempatkan seramai 4,500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.
Pada 18 Januari
1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for
South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di
Persidangan Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang
dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah
Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun
yang sama
Sumbangan dalam aspek
ekonomi
Tunku Abdul
Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi jangka panjang dengan
melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun bermula
dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.
Rancangan
ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi negara
dengan memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua ialah
untuk mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang pekerjaan.
Rancangan ini bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi
merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan
penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat
luar bandar.
Dua
agensi yang ditubuhkan sepanjang Rancangan Malaya Pertama dijalankan ialah
Rural & Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan pada tahun
1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).
Pada 1969,
Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan
sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank
Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga
merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Konklusinya, Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada
negara. Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan
sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau,mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin
tiada dalam peta dunia. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau
telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987,
'Honorary Citizen of London', 'International Sports Award' dari United States of
Sports Academy pada tahun 1981, anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari
Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983, 'Doktor Kehormat Undang-undang' dari
University of Oxford serta anugerah 'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau
turut mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia’.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6
Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan
di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar.Jenazahnya dimakamkan di
Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990.
Kandungan Pemasyhuran
Kemerdekaan
Setem yang dikeluarkan semasa penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu.
Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu di
Stadium Merdeka ,Bukit Jalil .
Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku telah
menyorak "Merdeka!"sebanyak tujuh kali.Situasi ini menjadi lambang
Malaysia selama 57 tahun.
Surat khabar yang diterbitkan untuk meraikan Hari Kemerdekaan
Malaysia pada 31 Ogos 1957