Friday 19 September 2014

KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN TERHADAP POLITIK DI TANAH MELAYU

PENGENALAN
            Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Arab dan China. Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini Menggalakkan Tanah Melayu mengeksport bijih timah ke India, Arab dan China. Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang-orang Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad ke-19 dan dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sambilan dengan menggunakan teknologi kuno terutamanya mendulang.

            Penanaman getah pula telah diperkenalkan oleh British dengan membawa masuk benih dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden. Dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Namun, tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Kedua-dua kegiatan ini mencapai perkembangan pesat semasa era pemerintahan British di Tanah Melayu. Tanah Melayu menjadi pengeluar utama dunia bagi bijih timah dan getah. Terdapat beberapa kesan daripada penanaman getah dan perlombongan bijih timah dari segi politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu sehingga 1970. Kegunaan getah amat luas sehingga menjadi aspek yang penting dalam kehidupan.




KESAN TERHADAP POLITIK

Perlantikan Residen
            Penanaman getah dan perlombongan bijih timah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sistem politik di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pihak Inggeris bukan sahaja melakukan perubahan dalam aspek ekonomi malah turut melibatkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Melalui pelaksanaan Sistem Residen, pihak Inggeris bertindak melantik seorang wakilnya sebagai Residen untuk mentadbir setiap negeri dan berperanan menasihati Raja- Raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dua kesan yang paling ketara dalam aspek politik adalah lahir penentangan oleh golongan pembesar dan kejatuhan pengaruh sultan dan pembesar.

Penentangan Golongan Pembesar dan penduduk tempatan
Golongan pembesar merupakan golongan yang mempunyai tanggungjawab penting dalam bidang pentadbiran dan ekonomi di Tanah Melayu. Mereka mempunyai kuasa dalam hal-hal yang melibatkan pentadbiran negeri dan memungut cukai. Akibat daripada perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Biritish, semua hal ehwal pentadbiran telah dicampur tangan. Terdapat dua sebab utama wujud kesedaran dalam kalangan pembesar dan penduduk tempatan untuk menentang British. 
Sebab yang pertama adalah kerana penggugatan kuasa politik golongan pembesar. Campur tangan kuasa barat ini dalam hal-ehwal di negeri-negeri melayu, Sabah dan Sarawak telah mencetuskan tindak balas daripada masyarakat tempatan. Pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu, pentadbiran Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah telah memberi kesan terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik tempatan. Dasar campur tangan British bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 1874. Seorang Residen dilantik sebagai penasihat raja-raja Melayu bagi mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Gerakan penentangan ini boleh dibahagi kepada dua iaitu penentangan golongan pembesar dan penentangan golongan rakyat.

Penentangan golongan pembesar berlaku di Naning, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang, sementara penentangan golongan rakyat pula berlaku di Kelantan dan Terengganu. Tindakan British mengambil alih tugas pungutan cukai dan menghapuskan sistem hamba abdi yang menjadi amalan pembesar-pembesar Melayu menyebabkan timbulnya penentangan daripada pembesar Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak membawa kepada pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak, Datuk Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan dan Datuk Bahaman di Pahang. Sistem pentadbiran British juga ditentang oleh pembesar-pembesar tempatan termasuk Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Sahak di Kelantan dan Abdul Rahman di Terengganu. 
Selain itu, sebelum kedatangan kuasa British, sistem ekonomi di Tanah Melayu adalah berasaskan sistem kerah dan serah. Sistem kerah dan serah ini adalah merujuk kepada rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan. Pembesar menggunakan sistem kerah untuk mendapatkan hasil. Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Penempatan British di Tanah Melayu telah menghapuskan system kerah. 
Manakala sebab kedua golongan pembesar menentang penjajahan British adalah kerana mereka kehilangan kuasa memungut cukai.  Pembesar di Tanah Melayu telah kehilangan kuasa mereka dalam aspek ekonomi. Hal ini secara langsung menyebabkan pembesar tidak lagi mempunyai hak untuk memungut hasil dan cukai daripada rakyat kerana tugas ini telah dirampas oleh British. Senario ini jelas dibuktikan, seperti yang berlaku di Negeri perak, semasa pentadbiran Birch mahu kuasa mengutip cukai yang selama ini dikendalikan oleh pembesar dihapuskan.  
Birch melakukan demikian adalah untuk memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang negeri dan membayar gaji pegawai- pegawai serta Residen. Namun, sebenarnya tindakan Birch itu adalah kerana ingin mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai pembesar- pembesar Melayu. Birch juga turut memperkenalkan beberepa jenis cukai baru. Ini termasuklah cukai ke atas padi, senjata, perahu, bayaran permit untuk membalak dan atap, menubuhkan satu pajak candu, dan lain-lain.Akhirnya J.W.W.Birch dibunuh dalam penentangan yang diketuai  oleh Dato Maharajalela.


Kejatuhan Pengaruh Sultan dan Golongan Pembesar
Setelah sistem ekonomi kapitalis diperkenalkan, segala hal- hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Kejatuhan pengaruh sultan dan golongan pembesar telah berlaku. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat Residen Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar- pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai pembesar Melayu, kehilangan punca pendapatan, menjatuhkan maruah mereka serta pengaruh mereka. 
Pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Misalnya di Pahang, kehadiran seorang Residen British iaitu J. P Rodger telah mengambil alih segala tugas pembesar. Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh kerana hal ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.
TOKOH KEMERDEKAAN DAN SUMBANGANNYA
(TUN TAN CHENG LOCK)



  TUN TAN CHENG LOCK
Tun Dato Sri Tan Cheng Lock yang lahir pada 5 April 1883 ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949.

Tan Cheng Lock telah dilahirkan pada 5 April 1883 dan juga merupakan anak ketiga Tan Keong Ann, yang telah melahirkan 7 orang anak lelaki dan perempuan. Beliau juga merupakan salah seorang generasi kelima Peranakan Cina Malaysia.

 Semasa kecil, beliau tinggal di 111, Jalan Heeren yang terletak di Melaka. Tan Hay Kwan, moyang beliau, merupakan seorang pedagang telah berimigrasi ke Melaka dari Wilayah Chiang Chiew di Wilayah Fujian, China, pada tahun 1771. Tan Cheng Lock merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Mereka mempunyai tiga orang anak yang dilahirkan antara tahun 1880 hingga 1883 iaitu Siang Cheng, Cheng Siew dan Cheng Lock. Kemudiannya mereka dikurniakan empat orang anak lagi iaitu Guat Choo, Guat Kee Guat Poh dan Cheng Juay.

Tan Cheng Lock membesar dalam suasana pembelajaran yang tegas. Kemiskinan hidup menyebabkan beliau belajar bersungguh-sungguh dan telah berjaya dalam hidupnya. Beliau telah menamatkan pengajian Standard VII di Malacca High School pada 1899 dan penerima kedua Biasiswa Tan Teck Guan di sekolahnya. Pelajaran yang cemerlang melayakkan beliau mendapatkan biasiswa, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution, Singapura dari tahun 1902 hingga 1908 dalam  bidang undang-undang. Pada tahun 1908, usia beliau genap 25 tahun semasa belajar di Raffles Institution. Pihak pentadbiran Raffles Institution telah memberi peluang kepada  penuntutnya berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dari Kolej Eropah dan ini menjadikan  beliau lebih matang dan taat kepada British..

Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock  berkahwin dengan Yeo Yeok Neo iaitu anak kepada Yeo Tin Hye. Ibunya adalah pemimpin  bagi masyarakat Hokkien di Melaka. Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Lily Tan Kim Tin Hye, Wee Geok Kin, Tan Siew Sin, Alice Tan Kim Yoke dan Agnes Tan Kim Lwi.

Pada 1 Januari 1923, ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Selat dan S.S. Executive Council dari tahun 1933 hingga 1935. Semasa tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen.Dalam tahun 1949, beliau telah dilantik menjadi presiden pertama bagi Malayan Chinese Associations (MCA). 

Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu,melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu
.
Sebagai Presiden MCA,beliau mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan Cheng Lock, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

Tan Cheng Lock adalah generasi kaum Cina awal 1920-an dan 1930-an yang menyumbang kepada asas Malaysia sekarang. Selama hampir 40 tahun beliau bergiat cergas dan aktif dalam ehwal awam.

Jadi,sumbangan Tun Tan Cheng Lock  terhadap  negara  kita  adalah sangat  banyak dan tidak boleh  kira dengan  sepuluh jari  kita .Beliau  sanggup  berkorban  dan menyumbang  tenaga  untuk  memperjuangkan  nasib orang  Cina .Beliau  menyumbang  tenaga  dalam  bidang ekonomi,sosial  orang Cina.

Dari  segi  sosial,Tun Tan Cheng  Lock  menyediakan kemudahan  biasiswa  kepada  pelajar  Cina yang pintar tetapi kekurangan  sumber kewangan untuk  menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Hal ini disebabkan kebanyakan pelajar berasal dari keluarga yang miskin dan sebab inilah  keluarga mereka tidak mampu menyara pelajaran mereka hingga ke peringkat yang tertinggi

Lazimnya,pelajar yang pintar akan dihantar ke London .Namun,pembiayaannya agak tinggi.Hanya golongan aristrokat dan berada saja yang mampu menghantar anak ke luar Negara.Akibat inilah banyak pelajar pintar yang terpaksa berhenti separuh jalan kerana sumber kewangan yang terhad.

Bagi,menangani isu ini,Tun Tan Cheng Lock menyarankan supaya British memberikan kemudahan biasiswa kepada pelajar yang miskin tetapi cemerlang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap lebih tinggi.Hanya dengan ini sahaja,mutu pendidikan ,perkhidmatan dan masalah sosio-ekonomi penduduk Tanah Melayu dapat dipertingkatkan.
Antara biasiswa yang paling berprestij ketika itu ialah Biasiswa Ratu atau Queen Scholarship.Namun begitu,tidak ramai pelajar di kalangan penduduk tempatan mendapat biasiswa tersebut walaupun berpretasi cemerlang  kerana diskriminasi British terhadap penduduk tempatan

Hal ini terbuktilah Tun Tan Cheng Lock ialah seseorang yang mementingkan pendidikan dalam generasi muda.Beliau sedari pendidikan adalah sangat penting sehingga dapat meningkatkan kemajuan Negara

Selain daripada pendidikan,beliau juga menyediakan kemudahan untuk semua kaum.Semasa pemerintahan British,kekurangan kemudahan yang disediakan loeh British kerana sikap British yang mementingkan diri sendiri.Oleh itu,Tun Tan Cheng Lock telah mendesak pihak British menyediakan kemudahan seperti bantuan dalam pendidikan,perniagaan dan sebagainya

Tun Tan Cheng Lock sentiasa membantu masyarakat Cina maju dalam perniagaan .Dari segi pendidikan pula,beliau menggalakkan tenaga pengajar dari China untuk mengajar anak-anak mereka.Cara ini dapat meningkatkan tahap pendidikan mereka pada masa hadapan.

Anak-anak yang cemerlang akan diberi peluang untuk menjejaki alam pengajian tinggi di luar Negara.Beliau sentiasa memastikan anak-anak bangsanya mendapat biasiswa,penaja atau diberi bantuan melalui persatuan.

Tetapi,beliau berasa pendidikan bukan khas untuk manusia yang sempurna sahaja ,warga cacat juga memerlukan pendidikan untuk menjamin masa depan mereka.Pada masa itu,kebanyakan penduduk yang  mengalami kecatatan seperti buta wajar.Tun Tan Cheng Lock tidak mahu golongan tersebut tersisih dari segi pendidikan kerana golongan cacat penglihatan mempunyai kebijaksaan seperti manusia normal .Sekiranya mereka diber pendidikan mereka pasti dapat menyumbang tenaga kepada Negara.

Oleh itu,beliau menyarankan kepada pihak British supaya mengadakan kelas didikan untuk golongan cacat penglihatan dan kelas-kelas tersebut perlu mempunyai silibus yang sama seperti sekolah harian.Cara belajar ialah melalui penggunaan Braille supaya golongan tersebut senang mendapat maklumat dalam buku walaupun tidak dapat lihat.Selain itu,sekolah tersebut juga harus memasukkan pelbagai kemahiran seperti membuat bakul,beg tangan dan menganyam.Kemahiran ini mungkin boleh digunakan untuk sara diri kerana boleh mendatangkan keuntungan.

Masih dalam isu pendidikan,pada masa penjajahan British,kebanyakan sekolah di Tanah Melayu tidak mempunyai standard tertentu dan mendapat pendidikan yang kurang berkualiti.Kebanyakan pelajaran diajar asas untuk mengenal huruf  dan para pelajar hanya mendapat jawatan yang rendahBagi sekolah-sekolah Kristian,mereka hanya menjurus kepada pendidikan pentadbiran,ekonomi dan politi.Hanya anak pegawai British mampu melanjutkan pelajaran ke UK.

Bagi sekolah cina lebih menjurus kepada pendidikan Chinadan berkaitan dengan fahaman politik.Pengaruh kominis amat kuat di Bhina bermakna fahaman pendidikan juga kea rah komunis.Tiada wujudnya penerapan nilai yang bail dalam pendidikan itu.Begitu juga dengan sekolah India,mereka diajar mengenai negara India.Hal ini telah menyebabkan tiada integrasi antara kaum di Tanah Melayu.

Tun Tan Cheng Lock telah menyedari hakikat ini dan beliau barasa satu sistem pendidikan standard perlu wujud.Caranya ialah menyediakan bantuan kewangan kepada sekolah yang daif tetapi cemerlang,menyamatarakan sistem pendidikan,menyemaikan semangat cintakan negara.Hanya dengan cara ini,salah faham atau prasangka antara kaum dapat diminimumkan.

Idea beliau mendapat pertimbangan pihak British.Pihak British percaya hanya mewujudkan sistem pendidikan yang standard sahaja dapat mengekang pengaruh komunis dalam sekolah Cina dan sebagainya.
Tun Tan Cheng Lock juga memperjuangkan pendidikan cina.Perjuangan dalam pendidikan cina mendapat bantuan masyrakat cina dari luar Negara.
Perjuangan beliau didorong oleh kesedaran beliau bahawa kebanyakkan kanak-kanak Cina di sekolah Inggeris kurang fasih berbahasa Mandarin,sedangkan seseorang itu tidak sepatutnya dihalang daripada mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda mereka.Oleh itu,beliau mancadangkan bahaa Mandarin diajar di kurikulum sekolah.
Pada tahun 1932,iaitu semasa kemelesetan ekonomi ,permintaan bantuan dari sekolah-sekolah Cina meningkat tetapi Sir Cecil Clementi berpendapat bantuan tidak akan diberi kepada sekolah Cina dan Tamil.Hal ini telah mendapat tentangan daripada Tun Tan Cheng Lock melalui satu memorandum kepada Sir Samuel Wilson,beliau menyatakan kerajaan sepatutnya memberi subsidi kepada sekolah vernakular Cina kerana sekolah itu memberi pendidikan kepada kanak-kanak Cina .
Tan Cheng Lock berpendapat kerajaan belum cuba sedaya upaya dalam pendidikan Cina.Jika diberi subsidi,pendidikan Cina akan menjadi lebih baik.Tetapi,pendapat beliau tidak diendahkan.Sir Cecil Clementi tidak memberi sebarang ulasan tentang pembentangan Tan Cheng Lock ke atas pendidikan vernacular Cina.
Di samping itu,Tun Tan Cheng Lock menyeru diperkenalkan pendidikan Inggeris yang universal dan wajib kepada semua kanak-kanak secara percuma supaya dapat membina insan yang berpengetahuan luas.Pendidikan Inggeris akan mewujudkan masyarakat yang setia kepada British.Beliau juga melihat pendidikan Inggeris sebagai jalan untuk membina bangsa dalam negara majmuk dan mencapai perkembangan politik kepada tanah jajahan.
Tun Tan Cheng Lock menganggap pendidikan Inggeris sebagai satu cara untuk lari daripada belenggu kemiskinan dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.Orang Melayu  juga mahukan pendidikan Inggeris untuk bersaing dengan bangsa lain.Oleh itu,pendidikan Inggeris perlu diberi secara percuma.
Selain beliau memberi sumbangan kepada bidang pendidikan,Tun Tan Cheng Lock juga berusaha memajukan masyarakat di Tanah Melayu sentiasa terjamin.Justeru itu,beliau menggalakkan masyarakat Cina bekerjasama dengan orang Melayu untuk mentadbir negara ini.
Tun Tan Cheng Lock berpendapat hubungan mesra antara kaum amat penting untuk mencapai kemerdekaan.Oleh itu,beliau mendesak supaya campur tangan orang Cina dan Melayu dalam pentadbiran British.Dengan itu,Tun Tan Cheng Lock menggalakkan anaknya supaya bergaul dengan anak-anak bangsa lain supaya mewujudkan intergrasi kaum.

Dari segi ekonomi,Tun Tan Cheng Lock juga menyumbang tenaga dalam bidang penanaman getah.Suatu ketika dahulu,harga getah semakin merosot keTunrana pengeluaran yang tidak terkawal.Bagi mengawal harga getah di pasaran dunia,Skim Stevenson diperkenalkan.Apabila para saudagar dari Pertubuhan Dewan Perniagaan Cina cuba menghapuskan sekatan tersebut pada tahun 1925. Tun Tan Cheng Lock menentang cadangan itu kerana beliau khuartir penarikan balik sekatan itu akan menurunkan harga getah dengan lebih teruk.
Sokongan beliau terhadap sekatan tersebut adalah wajar berdasarkan perkembangan industry getah pada masa itu.Sebelum ini,harga getah ialah RM 1.98 bagi 373 gram dan mula jatuh pada tahun 1913.
 Pendirian Tun Tan Cheng Lock berhubung dengan penanaman padi ialah beliau menggesa kerajaan supaya membuka peluang menanam padi kepada orang Cina dan orang India supaya satu kuasa buruh yang benar-benar berkuasa dapat dibentuk.Seterusnta pada tahun 1927,beliau meminta pengembangan kegiatan menanam padi supaya bekalan beras negara mencukupi.Permintaan beliau menarik perhatian kerajaan kerana persoalan kecukupan bekalan beras selalu ditimbulkan.


Selain daripada memberi sumbangan kepada bidang ekonomi di Tanah Melayu,beliau juga pandai merancang perbelanjaan kerajaan.Dalam hal kewangan,beliau lebih suka mengamalkan sikap berjimat-cermat sementara beliau juga bekerja dalam perkara yang melibatkan awam dan menekankan soal ekonomi dalam kerajaan.

Prinsip Tun Tan Cheng Lock terbukti apabila beliau dengn beraninya mengkritik perbelanjaan yang berlebihan dengan pembayaran gaji kepada para pegawai awam Eropah yang kurang berkaliber.Satu pembaziran telah berlaku kerana pegawai Eropah lebih mementingkan  kemewahan daripada berkhidmat kepada rakyat Tanah Melayu.

Sejak awal tahun 1928,iaitu sebelum zaman kemelesetan ,Tun Tan Cheng Lock mengingatkan kerajaan supaya tidak menaikkan kadar perbelanjaan daripada 8.7juta pada tahun 1920 kepada 16.1juta pada tahun 1929 iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus.Beliau menggesa kerajaan mengurangkan kakitangan Eropah untuk mengurangkan perbelanjaan dan menggantikan pegawai Eropah yang bersara dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu dengan orang-orang Asia.

Pihak British tidak mempendulikan cadangan Tun Tan Cheng Lock.Sebaliknya menaikkan gaji,pencen dan elaun sementara kerana pihak kerajaan lebih mementingkan kehidupan yang mewah.

Kemelesetan yang dialami mula memperlihatkan kebenaran pendapat Tun Tan Cheng Lock.Pada tahun 1931,setiausaha tanah jajahan mencadangkan pengurangan elaun sementara.Setengah tahun kemudian,Sir Cecil Clementi secara tiba-tia menghapuskan elaun sementara untuk menjimatkan 1.0 juta.

Konklusinya,sebagai seorang pemimpin Cina,beliau telah memberi banyak sumbangan dan telah berkorban banyak kepada Tanah Melayu dan jasa beliau dikenang sampai ke abad ke-21 dan kepada semua generasi Y .


Gambar Tun Tan Cheng Lock
TOKOH KEMERDEKAAN DAN SUMBANGANNYA
(TUN V .T SAMBANTHAN)

 Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan

Pengenalan
  Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Beliau merupakan anak kepada Andiappan Veerasamy dan Sengammal. Bapanya merupakan seorang pemilik kebun pokok getah di Sungai Siput, Perak. Tun V.T. Sambanthan mempunyai  tiga orang adik-beradik.
  Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput, beliau telah dihantar ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara dalam jurusan ekonomi. Semasa menuntut di sana, Tun Sambanthan tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di India. Beliau pernah mengambil bahagian dalam satu protes dibawah pimpinan Quit India Movement dan mengalami kecederaan suatu masa dahulu.
  Sejak kecil lagi, Tun Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Semasa di universiti, Sambanthan giat terlibat dalam dengan Sayap Belia pertubuhan Kongress Kebangsaan India dan turut serta dalam rancangan menolong orang yang miskin. Selepas ayahnya meninggal dunia, Sambanthan telah mengambil alih pengurusan di estet.
  Pada tahun 1955, Tun Sambanthan dilantik sebagai MIC dan menjadi persiden pertama yang menyatukan kesetiaan orang India kepada Parti  Perikatan. Beliau pernah menjadi Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Tenaga, Menteri Pos dan Telekomunikasi serta Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Tun Sambanthan juga telah menyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut kemerdekaan.
 
  Tun Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita apabila beliau menjadi pemimpin. Beliau merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang mempraktikkan anti-keganasan untuk mencapai kemerdekaan.
  Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang merupakan anak kepada seorang jurutera Jabatan Kerja Raya. Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam bidang kimia dan mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran di Jerman. Pada tahun 1959, Sambanthan menerima seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinannya dengan Umasundari. Anak perempuannya bernama Devakunjari.
  Pada tahun 1973, Tun Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Pada 18 Mei 1979, ketika berumur 59 tahun 11 bulan, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit jantung. 

Jasa Tun Sambanthan dalam Aspek Sosial dan Ekonomi
  Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet daripada ayahnya, beliau telah menganjurkan kelas mengajar bahasa Inggeris untuk pekerja-pekerja di estetnya. Hal ini demikaian kerana beliau mengetahui hanya melalui proses belajar dapat memajukan diri sendiri dan ekonomi negara. Pada masa itu, taraf hidup orang India amat rendah dan kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan. Justeru, masyarakat India pada masa itu masih ketinggalan dalam pelbagai aspek. Perkara ini disedari oleh Tun Sambanthan. Untuk membantu pekerja-pekerjanya memperbaiki taraf hidup mereka, beliau telah memberikan peluang kepada mereka untuk memperlajari bahasa Inggeris yang amat penting dalam pergaulan seharian. Beliau berbuat demikian supaya masyarakat India tidak akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek serta dapat memperbaiki kehidupan mereka.
  Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil yang bernama Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau dengan bantuan pegawai-pegawai British pada masa itu Sekolah ini dirasmikan oleh Pun Vijayaletchumi Pandit yang dijemput oleh Tun Sambanthan.Tujuan beliau menubuhkan sekolah ini adalah untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ini berpeluang mempelajari bahasa Inggeris kerana pada masa itu Tun Sambanthan telah bersetuju untuk memasukkan pelajaran bahasa Inggerris ke dalam semua sekolah Tamil di Perak. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak pekerja estet berpeluang mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun keluarga mereka miskin. Selain memberikan pendidikan kepada kanak-kanak kaum India, Sambanthan juga berharap sekolah ini dapat membantu negara melahirkan generasi yang berpengetahuan serta akan berbakti kepada negara dalam pelbagai bidang. 
    Seterusnya, Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas kepada kanak-kanak estet supaya mereka dapat melanjutkan persekolahan di bandar. Pada masa itu, kemudahan pengangkutan amat kurang atau hampir tiada di kawasan pedalaman. Kemudahan pengangkutan hanya tertumpu di kawasan bandar yang lebih maju. Keadaan ini telah menyusahkan penduduk di kawasan pedalaman terutamanya para pelajar yang ingin melanjutkan persekolahan di bandar. Untuk mengatasi masalah ini, Sambanthan telah menyediakan perkhidmatan bas bagi memudahkan para pelajar yang ingin melanjutkan persekolahan di bandar. Perkhidmatan bas yang desediakan oleh Tun Sambanthan sekurang-kurangannya dapat mengatasi masalah pengakutan yang dihadapi oleh penduduk pedalaman selama itu.
  Rentetan itu, Tun Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar mingguan yang diberi nama Malai Naadu. Editor bagi akhbar ini ialah Encik V. Meenachi Sundram dan pejabat penerbitannya terletak di Sungai Siput. Usaha murni ini adalah untuk menggalakkan keluaran surat khabar dalam negara dan bukannya dari luar negara lagi. Dalam akhbar ini, akibat buruk ketagihan todi telah dilaporkan. Hal ini demikian kerana pada masa itu, banyak pekerja-pekerja estet suka minum minuman todi dan mengalami ketagihan yang telah merosakkan pretasi dalam perkerjaan mereka. Pekerja-pekerja estet juga telah menbazirkan banyak wang dalam membeli minuman todi. Perkara ini menyebabkan ramai orang India hidup dalam keadaan aerba kekurangan. Untuk mengasi masalah ini,Tun Sambanthan meminta akhbar Malai Naadu untuk mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan keburukan meminum minuman todi. Beliau telah berkempen dengan bergiat menentang tabiat minum minuman todi dan menggalakkan sifat berjimat cermat dalam kalangan ahli pekerja-pekerja este untuk menangani masalah tersebut. Tun Sambanthan berupaya bertindak sendiri untuk mengeluarkan akhbar-akhbar di Tanah Melayu tanpa bergantung kepada orang luar. Perkara ini telah menjadi salah satu usaha untuk menggalakkan proses Malayanisasi. 
  Tambahan pula, Tun Sambanthan mencadangkan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung pendidikan untuk anak-anak pekerja estetnya supaya mereka mendapatkan manfaatnya. Tun Sambanthan telah mendesak Encik Manikavasagam yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Buruh dan juga Timbalan Presiden MIC untuk mengubahsuai perlembagaan tabung. Beliau berbuat demikian kerana beliau ingin memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang yang belajar di sekolah menengah dan juga universiti. Dengan melaksanakan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung pendidikan, banyak pelajar telah mendapatkan manfaatnya. Sebagai contoh, empat orang pelajar telah menerima biasisiwa untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Sebagai Presiden MIC, Tun Sambanthan telah memikul tanggungjawab untuk memastikan keperluan tabung dapat dimanfaatkan oleh masyarakat estet itu sendiri supaya berlakunnya sebarang penyelewangan
.
  Akhir sekali, Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan atau The National Land  Finance Cooperative Society (NFLCS) bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Persatuan ini ditubuhkan kerana pada akhir 1950-an dan awal 1960-an telah berlakunnya fragmentasi estet. Pada masa itu, beribu-ribu pekerja estet orang India telah dibuang kerja. Beliau percaya koperasi hanya adalah satu jalan keluar badi mengatasi masalah fragmenatsi. Cabaran getir ini telah mendorong Tun Sambanthan menubuhkan  NFLCS. Pekerja-pekerja estet telah digalakkan untuk membeli saham dalam koperasi, yang tujuan utamanya adalah membeli estet-estet besar untuk menghalang fragmentasi. Dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM2 hingga RM100(yang dibayar secara beransur) seorang pekerja boleh memiliki satu saham dalam koperasi dan mempunyai sati taruhan dalam estet. Tun Sambanthan sendiri talah melawat seluruh negara untuk mendaftarkan ahli baru.  Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah.    Semasa beliau meninggal dunia pada tahun 1979, NFLCS telah berjaya membeli 18 estet yang mempunyai jumlah luas kawasan 30,000 ekar yang ditanam dengan pokok getah, koko, kelapa sawit, buah kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000 orang. Atas usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai Bapa Koperasi.

 Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin India, Tun V.T. Sambanthan telah banyak berjasa dalam usaha memajukan masyarakat India dalam pelbagai bidang. Melaui aktiviti sosioekonomi yang dijalankan, beliau telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi orang India di Malaysia. Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967. Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of Law ) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971. Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau. Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1979 ketika berumur 59 tahun. Pada upacara pengebumian beliau, hampir 15,000 orang telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat karibnya  dan Tun Tan Siew Sin.



 Gambar Tun V T Sambanthan



KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP  SOSIAL DI TANAH MELAYU



Kemasukan Buruh Cina

Peningkatan hasil komoditi di Tanah Melayu adalah didorong oleh beberapa faktor.Faktor pertama yang menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

            Oleh sebab, perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah dan mendapat permintaan yang tinggi, pembesar- pembesar Melayu telah mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka.Kemasukan buruh cina ke Negeri- Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap yang pertama berlaku pada tahun 1820- an, pada masa itu mereka melibatkan diri dengan perlombongan bijih timah dengan memberi wang pendahuluan kepada raja- raja Melayu.

Dalam fasa yang kedua, iaitu 1840-an buruh Cina terlibat secara langsung dalam perlombongan dengan pembukaan lebih banyak kawasan. Keadaan ini secara tidak langsung telah mengalakkan kemasukan orang Cina secara beramai- ramai. Manakala tahap ketiga pula berlaku pada tahun 1870 –an iaitu apabila industri perlombongan bijih timah dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina.

Kemasukan Saudagar- Saudagar Eropah

Faktor lain ialah kemasukan saudagar- saudagar Eropah ke Tanah Melayu adalah berikutan daripada perkembangan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh orang cina. Dalam tempoh dua tahun pada akhir kurun ke-19, saudagar- saudagar Eropah di Negeri- Negeri Selat juga tertarik kepada perusahaan bijih timah kerana kejayaan yang diperoleh oleh pelombong cina. 

Pada peringkat awal percubaan saudagar Eropah dalam perusahaan bijih timah, saudagar- saudagar ini telah mengalami kegagalan kerana cara perlombongan yang digunakan oleh mereka terlalu mahal dan tidak setimpal dengan pulangan yang akan diterima.Cara ini akan merugikan mereka. Hal ini menyebabkan saudagar- saudagar Eropah ini telah menjual lombong- lombong bijih timah kepunyaan mereka kepada pelombong cina akibat kerugian yang dialami oleh mereka. 

Namun menjelang kurun ke-20, penguasaan saudagar Eropah terhadap bijih timah kembali meningkat setelah mereka berusaha mendapatkan bijih timah dari perut bumi dengan kaedah cari gali. Mereka mula menanam modal yang besar dan memperkenalkan alat baru iaitu kapal korek yang begitu mahal harganya.



Permintaan Dunia
             Di samping itu, peningkatan hasil komoditi ini juga adalah berkait rapat dengan faktor permintaan dunia. Kemerosotan harga kopi yang berlaku dalam tahun- tahun 1896 hingga 1900 menyebabkan ramai orang beralih kepada penanaman getah. Permintaan dunia terhadap penanaman getah kian meningkat ekoran kemunculan perusahaan kereta di Amerika Syarikat yang mengglakkan pembuatan tayar dari getah. Hal ini kerana pelbagai jenis barangan seperti kasut, tayar, kenderaan berat, tayar basikal, botol air panas dan alat penebat elektrik dicipta dengan menggunakan getah.Jadi getah adalah sangat penting dalam kehidupan manusia dan juga dalam pasaran dunia. 

            Mulai awal kurun ke- 20, getah telah menjadi sejenis lagi barangan eksport yang penting selepas hasil utama iaitu bijih timah.Malangnya,pengeluaran getah secara besar-besaran telah menyebabkan wujudnya getah tiruan.Pihak yang mengeluarkan getah tiruan ialah Amerika Syarikat kerana mereka ingin mengaut keuntungan sendiri.Tetapi,kualiti getah tiruan adalah jauh berbeza dengan getahasal di Tanah Melayu yang berkualiti tinggi.


PENGUKUHAN SISTEM MATA WANG
            Selain itu, pengenalan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu turut memberi kesan kepada sistem mata wang. Sebelum kedatangan British, masyarakat Tanah Melayu menggunakan pelbagai jenis mata wang , seperti penggunaan mata wang dinar di negeri Kelantan, wang kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang. 

            Namun setelah kedatangan kuasa British di Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pengguanaan mata wang asing di Tanah Melayu.Mata wang Perak Sepanyol yang telah diperkenalkan pada tahun 1850 mampu bertahan sehingga 300 tahun . Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Melayu dan Negeri- Negeri Selat. 

            Pada tahun 1906, British telah memperkenalkan dollar wang kertas Negeri- negeri Selat. Seterusnya, British telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat, iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897. 

            Akibat dari keinginan untuk memudahkan lagi pengurusan kewangan, British telah menubuhkan sebuah institusi kewangan atau lebih dikenali sebagai bank. Sebelum kedatangan British, bank tidak wujud di Tanah Melayu.Penubuhan bank telah membawa kepada pengenalan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan pulangan faedah yang tinggi. Dengan adanya institusi kewangan ini, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat. Misalnya, bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu adalah Mercantile Bank yang ditubuhkan pada tahun 1859.



SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
            Dengan berkembangnya pentadbiran British di Tanah Melayu, perusahaan perlombongan bijih timah telah dijalankan secara besar- besaran di kawasan pedalaman. Pada peringkat awal, perlombongan bijih timah terhad di sekitar kawasan yang berhampiran dengan sungai- sungai yang besar dan cabang- cabangnya sahaja. Sungai merupakan jalan perhubungan yang utama yang membolehkan pelombong- pelombong membawa alat- alat perlombongan beserta bekalan makanan ke kawasan pedalaman. Selain menggunakan sungai, pelombong- pelombong juga menggunakan jalan kereta lembu dan jalan denai yang menghubungkan kawasan perlombongan mereka dengan tebing sungai. 

            Saudagar- saudagar Negeri- Negeri Selat telah memperkenalkan penggunaan kapal wap. Kapal wap dari Singapura sering datang ke pelabuhan kecil di pantai barat Tanah Melayu untuk mengambil hasil pertanian, hasil hutan, bijih timah dan juga penumpang. Peningkatan kegiatan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman menyebabkan banyak anak sungai yang cetek akibat timbunan geladak dan sisa bijih. Keadaan ini telah mendatangkan kesukaran kepada British untuk mengangkut hasil bijih timah, hasil hutan dari kawasan pedalaman.

             Cara pengangkutan tradisional seperti penggunaan sampan, perahu dan kereta lembu pula mempunyai banyak kelemahan. Antara kelemahan penggunaan pengangkutan jenis tersebut adalah seperti, tidak banyak muatan bijih timah yang boleh dibawa pada satu masa, perjalanan memakan masa yang agak panjang dan lambat.

            Oleh itu, satu sistem pengangkutan yang lebih pantas dan cekap diperlukan untuk kepentingan ekonomi British. Selain itu, sistem pengangkutan yang lebih baik digunakan untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran. 



Pembinaan Kereta api
            Landasan kereta api merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di semenanjung Tanah Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu khususnya terhadap getah dan bijih timah.Jalan- jalan kereta api telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari perlombongan ke pulabuhan untuk dieksport.

             Pada peringkat awal pembinaannya, landasan kereta api yang pendek telah dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan. Landasan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 ialah untuk mengadakan satu sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap, kereta api ini boleh menghubungkan Taiping dengan Port-Weld telah menjadi perlombongan kawasan Larut.
            Kereta api telah menjadi sebuah kemudahan yang digunakan untuk membawa buruh, makanan serta jentera-jentera perlombongan yang berat dari pelabuhan ke kawasan perlombongan. Penerokaan kawasan-kawasan baru bijih timah dan getah dapat ditemui dengan terbinanya landasan kereta api persekutuan. Selepas pembinaan landasan kereta api itu, terdapat banyak ladang- ladang getah telah dibuka sepanjang jalan kereta api. 

Hospital Taiping

 Jalan Raya

 Sekolah Vernakular Cina


 Jalan Kereta Api