Wednesday 17 September 2014

SEJARAH KEMERDEKAAN DAN SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN

SEJARAH  KEMERDEKAAN DAN SUMBANGAN TOKOH  KEMERDEKAAN(TUNKU ABDUL RAHMAN)


PENGENALAN

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar.  Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641.Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 ,penjajah British  mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan British berlaku di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sabah dan Sarawak. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.Sebab mereka gagal ialah disebabkan oleh kekurangan strategi peperangan dan kurang senjata yang moden.
Selepas kedatangan British,serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. 
Selepas itu,penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 dengan slogan’hidup melayu’menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Selepas pemimpin UMNO dipindah dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman,slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO.Semasa ingin menuntut kemerdekaan Tanah Melayu,UMNO,MCA dan MIC bergabung menjadi Parti Perikatan.Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya dan seterusnya mendapat sokongan orang ramai.
Pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan  rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.
Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi tetapi diperoleh selepas ramai pejuang tanah air berkorban kerana ingin membebaskan tanah air seperti Mat Salleh dan lain-lain. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui onak duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dihargai oleh semua rakyat dan menjadi teladan hidup mereka.

.
Tunku Abdul Rahman

Pengenalan
  Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, lahir pada 8 Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990 merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
  Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.
  Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal dan tabah. Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.
  Tunku Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah

Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain seperti memperbaiki mutu kesihatan penduduk-penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib pemandu-pemandu teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961. Beliau berusaha menyatu padu rakyat berbilang kaum dalam usaha menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai “Bapa Keamanan dan Perpaduan”. 

Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu Rundingan Baling membolehkan negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka.

  Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam sukan. Mempunyai banyak hobi termasuk menunggang kuda, memancing ikan dan memasak. 

Meminati bidang sukan sejak kecil terutama menunggang kuda dan bermain golf. Bola sepak merupakan bidang yang paling diminati. Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu, Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 14 Febuari, 1954.
  Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.

Kerjayanya bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim, Kedah.


  Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. 1943 pula, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.

  Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955
.
  Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
  Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.



Sumbangan Sosial
  Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi sumbangan beliau bukan hanya tertakluk dalam bidang politik sahaja,beliau juga menyumbang tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang penulisan,bidang kesenian dan lain-lain. Perwatakan Tunku yang mulia ini telah menjadi satu teladan atau ‘role model’yang baik bagi semua ahli politik dan juga pemimpin. Dengan melihat perwatakan Tunku, kita boleh dapati bahawa Tunku seorang yang rendah diri,bersemangat patriotik,bersemangat kenyal, mengambil berat kebajikan rakyat dan lain-lain. 
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
  Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara, ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star. 
  Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.

 Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus in Malaysian Politics (1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa. 
SUMBANGAN DALAM KESENIAN 

  Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
  Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “Mahsuri”, “Raja Bersiung” dan “Sumpahan Mahsuri”. Filem “Raja Bersiung” merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
  Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina, dan Negara Thai. 

Pada 11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Filipina dan Malaysia dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.


 Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan Filipina, 3 Jun 1966 .Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
  Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. 
  Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. 
  Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4,500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.

 Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama

Sumbangan dalam aspek ekonomi
  Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi jangka panjang dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960. 
  Rancangan ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua ialah untuk mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang pekerjaan. Rancangan ini bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. 
    Dua agensi yang ditubuhkan sepanjang Rancangan Malaya Pertama dijalankan ialah Rural & Industrial Development Authority (RIDA) yang ditubuhkan pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).
  Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
  Konklusinya, Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada negara. Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau,  mungkin hari ini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan 'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987, 'Honorary Citizen of London', 'International Sports Award' dari United States of Sports Academy pada tahun 1981, anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983, 'Doktor Kehormat Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah 'Ramon Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia’. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berusia 87 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jenazahnya dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990.



Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan





Setem yang dikeluarkan semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.




Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka ,Bukit Jalil . Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku telah menyorak "Merdeka!"sebanyak tujuh kali.Situasi ini menjadi lambang Malaysia selama 57 tahun.



Surat khabar yang diterbitkan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957





15 comments:

  1. thanks a lot. this webpage saved me. thanks once again.

    ReplyDelete
  2. thanks for this info u really save from a fail in kajian lapangan sejarah

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bnyk ii..... Bg info niw sngt berguna....

    ReplyDelete
  4. terima kasih sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru saya,untuk ifo tambahan

    ReplyDelete
  5. its really compact with information.. thank you so much!

    ReplyDelete
  6. Bagus sangatlh.Sjarah ni mmbntu saya untuk menyiapkn Folio Sejarah.I like.☺😥📖🌹🗻

    ReplyDelete
  7. save me from sejarah folio .....

    ReplyDelete
  8. Jika mengikut sejarah pada julai 1964 dan september 1964 berlaku rusuhan kaum antara melayu dan cina dan tuanku membuat keputusan agar singapura yg di ketuai lee kuan yew.di pisahkan dari malaya

    ReplyDelete
  9. Its very usefull for all students malaysian people to know about tunku Abdul rahman thank u for ur info

    ReplyDelete
  10. erm thank you..but still dont have a strong information

    ReplyDelete
  11. The Lucky 777 Casino & Hotel, Laughlin - Mapyro
    Find The Lucky 777 Casino & Hotel, 사천 출장안마 Laughlin, Nevada, United States, 90704 other 논산 출장마사지 than "The 충주 출장샵 Lucky 평택 출장마사지 777 Casino & Hotel, Laughlin, 순천 출장안마 Nevada, United States,

    ReplyDelete