Friday 19 September 2014

KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP EKONOMI TANAH MELAYU



KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP  EKONOMI TANAH MELAYU

PENINGKATAN PENGELUARAN HASIL KOMODITI
Sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada dua sumber iaitu, bijih timah dan juga getah. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar dunia. Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38000 tan setahun. 

Selain bijih timah, getah juga turut ditanam di Tanah Melayu sebagai salah satu tanaman ladang untuk tujuan eksport di Tanah Melayu. Ini menunjukkan peningkatan pengeluaran dalam hasil komoditi. Namun begitu, terdapat dua jenis tanaman yang telah ditanam sebelum penanaman getah. Tanaman itu ialah lada hitam dan kopi

Di Malaysia, penanaman lada hitam terkenal di Sarawak. hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap. Lazimnya, pokok lada hitam ditanam untuk itu buahnya, yang biasanya kering untuk digunakan sebagai rempah dan perisa. Lada hitam berasal dari selatan India, dan secara meluas ditanam di sana dan di tempat lain di tropika wilayah. Pada masa ini Vietnam adalah pengeluar terbesar di dunia dan pengeksport lada hitam, menghasilkan 34% daripada tanaman Piper nigrum dunia pada 2008.

Kopi telah ditanam di kawasan tanah yang telah diperun dan dibersihkan. Tanaman kopi  di negara ini banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. lanya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor

No comments:

Post a Comment