Friday 19 September 2014

TOKOH KEMERDEKAAN DAN SUMBANGANNYA
(TUN V .T SAMBANTHAN)

 Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan

Pengenalan
  Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Beliau merupakan anak kepada Andiappan Veerasamy dan Sengammal. Bapanya merupakan seorang pemilik kebun pokok getah di Sungai Siput, Perak. Tun V.T. Sambanthan mempunyai  tiga orang adik-beradik.
  Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput, beliau telah dihantar ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara dalam jurusan ekonomi. Semasa menuntut di sana, Tun Sambanthan tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di India. Beliau pernah mengambil bahagian dalam satu protes dibawah pimpinan Quit India Movement dan mengalami kecederaan suatu masa dahulu.
  Sejak kecil lagi, Tun Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Semasa di universiti, Sambanthan giat terlibat dalam dengan Sayap Belia pertubuhan Kongress Kebangsaan India dan turut serta dalam rancangan menolong orang yang miskin. Selepas ayahnya meninggal dunia, Sambanthan telah mengambil alih pengurusan di estet.
  Pada tahun 1955, Tun Sambanthan dilantik sebagai MIC dan menjadi persiden pertama yang menyatukan kesetiaan orang India kepada Parti  Perikatan. Beliau pernah menjadi Menteri Buruh, Menteri Kesihatan, Menteri Tenaga, Menteri Pos dan Telekomunikasi serta Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Tun Sambanthan juga telah menyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut kemerdekaan.
 
  Tun Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita apabila beliau menjadi pemimpin. Beliau merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang mempraktikkan anti-keganasan untuk mencapai kemerdekaan.
  Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang merupakan anak kepada seorang jurutera Jabatan Kerja Raya. Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam bidang kimia dan mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran di Jerman. Pada tahun 1959, Sambanthan menerima seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinannya dengan Umasundari. Anak perempuannya bernama Devakunjari.
  Pada tahun 1973, Tun Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Pada 18 Mei 1979, ketika berumur 59 tahun 11 bulan, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit jantung. 

Jasa Tun Sambanthan dalam Aspek Sosial dan Ekonomi
  Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet daripada ayahnya, beliau telah menganjurkan kelas mengajar bahasa Inggeris untuk pekerja-pekerja di estetnya. Hal ini demikaian kerana beliau mengetahui hanya melalui proses belajar dapat memajukan diri sendiri dan ekonomi negara. Pada masa itu, taraf hidup orang India amat rendah dan kebanyakan mereka hidup dalam serba kekurangan. Justeru, masyarakat India pada masa itu masih ketinggalan dalam pelbagai aspek. Perkara ini disedari oleh Tun Sambanthan. Untuk membantu pekerja-pekerjanya memperbaiki taraf hidup mereka, beliau telah memberikan peluang kepada mereka untuk memperlajari bahasa Inggeris yang amat penting dalam pergaulan seharian. Beliau berbuat demikian supaya masyarakat India tidak akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek serta dapat memperbaiki kehidupan mereka.
  Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil yang bernama Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau dengan bantuan pegawai-pegawai British pada masa itu Sekolah ini dirasmikan oleh Pun Vijayaletchumi Pandit yang dijemput oleh Tun Sambanthan.Tujuan beliau menubuhkan sekolah ini adalah untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ini berpeluang mempelajari bahasa Inggeris kerana pada masa itu Tun Sambanthan telah bersetuju untuk memasukkan pelajaran bahasa Inggerris ke dalam semua sekolah Tamil di Perak. Dengan adanya sekolah ini, anak-anak pekerja estet berpeluang mendapatkan pendidikan yang sempurna walaupun keluarga mereka miskin. Selain memberikan pendidikan kepada kanak-kanak kaum India, Sambanthan juga berharap sekolah ini dapat membantu negara melahirkan generasi yang berpengetahuan serta akan berbakti kepada negara dalam pelbagai bidang. 
    Seterusnya, Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas kepada kanak-kanak estet supaya mereka dapat melanjutkan persekolahan di bandar. Pada masa itu, kemudahan pengangkutan amat kurang atau hampir tiada di kawasan pedalaman. Kemudahan pengangkutan hanya tertumpu di kawasan bandar yang lebih maju. Keadaan ini telah menyusahkan penduduk di kawasan pedalaman terutamanya para pelajar yang ingin melanjutkan persekolahan di bandar. Untuk mengatasi masalah ini, Sambanthan telah menyediakan perkhidmatan bas bagi memudahkan para pelajar yang ingin melanjutkan persekolahan di bandar. Perkhidmatan bas yang desediakan oleh Tun Sambanthan sekurang-kurangannya dapat mengatasi masalah pengakutan yang dihadapi oleh penduduk pedalaman selama itu.
  Rentetan itu, Tun Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar mingguan yang diberi nama Malai Naadu. Editor bagi akhbar ini ialah Encik V. Meenachi Sundram dan pejabat penerbitannya terletak di Sungai Siput. Usaha murni ini adalah untuk menggalakkan keluaran surat khabar dalam negara dan bukannya dari luar negara lagi. Dalam akhbar ini, akibat buruk ketagihan todi telah dilaporkan. Hal ini demikian kerana pada masa itu, banyak pekerja-pekerja estet suka minum minuman todi dan mengalami ketagihan yang telah merosakkan pretasi dalam perkerjaan mereka. Pekerja-pekerja estet juga telah menbazirkan banyak wang dalam membeli minuman todi. Perkara ini menyebabkan ramai orang India hidup dalam keadaan aerba kekurangan. Untuk mengasi masalah ini,Tun Sambanthan meminta akhbar Malai Naadu untuk mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan keburukan meminum minuman todi. Beliau telah berkempen dengan bergiat menentang tabiat minum minuman todi dan menggalakkan sifat berjimat cermat dalam kalangan ahli pekerja-pekerja este untuk menangani masalah tersebut. Tun Sambanthan berupaya bertindak sendiri untuk mengeluarkan akhbar-akhbar di Tanah Melayu tanpa bergantung kepada orang luar. Perkara ini telah menjadi salah satu usaha untuk menggalakkan proses Malayanisasi. 
  Tambahan pula, Tun Sambanthan mencadangkan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung pendidikan untuk anak-anak pekerja estetnya supaya mereka mendapatkan manfaatnya. Tun Sambanthan telah mendesak Encik Manikavasagam yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Buruh dan juga Timbalan Presiden MIC untuk mengubahsuai perlembagaan tabung. Beliau berbuat demikian kerana beliau ingin memberikan bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang yang belajar di sekolah menengah dan juga universiti. Dengan melaksanakan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung pendidikan, banyak pelajar telah mendapatkan manfaatnya. Sebagai contoh, empat orang pelajar telah menerima biasisiwa untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Sebagai Presiden MIC, Tun Sambanthan telah memikul tanggungjawab untuk memastikan keperluan tabung dapat dimanfaatkan oleh masyarakat estet itu sendiri supaya berlakunnya sebarang penyelewangan
.
  Akhir sekali, Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan atau The National Land  Finance Cooperative Society (NFLCS) bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Persatuan ini ditubuhkan kerana pada akhir 1950-an dan awal 1960-an telah berlakunnya fragmentasi estet. Pada masa itu, beribu-ribu pekerja estet orang India telah dibuang kerja. Beliau percaya koperasi hanya adalah satu jalan keluar badi mengatasi masalah fragmenatsi. Cabaran getir ini telah mendorong Tun Sambanthan menubuhkan  NFLCS. Pekerja-pekerja estet telah digalakkan untuk membeli saham dalam koperasi, yang tujuan utamanya adalah membeli estet-estet besar untuk menghalang fragmentasi. Dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM2 hingga RM100(yang dibayar secara beransur) seorang pekerja boleh memiliki satu saham dalam koperasi dan mempunyai sati taruhan dalam estet. Tun Sambanthan sendiri talah melawat seluruh negara untuk mendaftarkan ahli baru.  Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim, Kedah.    Semasa beliau meninggal dunia pada tahun 1979, NFLCS telah berjaya membeli 18 estet yang mempunyai jumlah luas kawasan 30,000 ekar yang ditanam dengan pokok getah, koko, kelapa sawit, buah kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000 orang. Atas usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai Bapa Koperasi.

 Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin India, Tun V.T. Sambanthan telah banyak berjasa dalam usaha memajukan masyarakat India dalam pelbagai bidang. Melaui aktiviti sosioekonomi yang dijalankan, beliau telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi orang India di Malaysia. Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967. Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of Law ) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971. Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau. Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei 1979 ketika berumur 59 tahun. Pada upacara pengebumian beliau, hampir 15,000 orang telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat karibnya  dan Tun Tan Siew Sin.



 Gambar Tun V T Sambanthan

5 comments:

  1. You be remember forever as a father of independent along Tunku and Tun Tan .Three of you are a great leaders .Thank you .

    ReplyDelete
  2. You be remember forever as a father of independent along Tunku and Tun Tan .Three of you are a great leaders .Thank you .

    ReplyDelete