Friday 19 September 2014



KESAN PERKEMBANGAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP  SOSIAL DI TANAH MELAYU



Kemasukan Buruh Cina

Peningkatan hasil komoditi di Tanah Melayu adalah didorong oleh beberapa faktor.Faktor pertama yang menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

            Oleh sebab, perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah dan mendapat permintaan yang tinggi, pembesar- pembesar Melayu telah mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka.Kemasukan buruh cina ke Negeri- Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap yang pertama berlaku pada tahun 1820- an, pada masa itu mereka melibatkan diri dengan perlombongan bijih timah dengan memberi wang pendahuluan kepada raja- raja Melayu.

Dalam fasa yang kedua, iaitu 1840-an buruh Cina terlibat secara langsung dalam perlombongan dengan pembukaan lebih banyak kawasan. Keadaan ini secara tidak langsung telah mengalakkan kemasukan orang Cina secara beramai- ramai. Manakala tahap ketiga pula berlaku pada tahun 1870 –an iaitu apabila industri perlombongan bijih timah dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina.

Kemasukan Saudagar- Saudagar Eropah

Faktor lain ialah kemasukan saudagar- saudagar Eropah ke Tanah Melayu adalah berikutan daripada perkembangan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh orang cina. Dalam tempoh dua tahun pada akhir kurun ke-19, saudagar- saudagar Eropah di Negeri- Negeri Selat juga tertarik kepada perusahaan bijih timah kerana kejayaan yang diperoleh oleh pelombong cina. 

Pada peringkat awal percubaan saudagar Eropah dalam perusahaan bijih timah, saudagar- saudagar ini telah mengalami kegagalan kerana cara perlombongan yang digunakan oleh mereka terlalu mahal dan tidak setimpal dengan pulangan yang akan diterima.Cara ini akan merugikan mereka. Hal ini menyebabkan saudagar- saudagar Eropah ini telah menjual lombong- lombong bijih timah kepunyaan mereka kepada pelombong cina akibat kerugian yang dialami oleh mereka. 

Namun menjelang kurun ke-20, penguasaan saudagar Eropah terhadap bijih timah kembali meningkat setelah mereka berusaha mendapatkan bijih timah dari perut bumi dengan kaedah cari gali. Mereka mula menanam modal yang besar dan memperkenalkan alat baru iaitu kapal korek yang begitu mahal harganya.



Permintaan Dunia
             Di samping itu, peningkatan hasil komoditi ini juga adalah berkait rapat dengan faktor permintaan dunia. Kemerosotan harga kopi yang berlaku dalam tahun- tahun 1896 hingga 1900 menyebabkan ramai orang beralih kepada penanaman getah. Permintaan dunia terhadap penanaman getah kian meningkat ekoran kemunculan perusahaan kereta di Amerika Syarikat yang mengglakkan pembuatan tayar dari getah. Hal ini kerana pelbagai jenis barangan seperti kasut, tayar, kenderaan berat, tayar basikal, botol air panas dan alat penebat elektrik dicipta dengan menggunakan getah.Jadi getah adalah sangat penting dalam kehidupan manusia dan juga dalam pasaran dunia. 

            Mulai awal kurun ke- 20, getah telah menjadi sejenis lagi barangan eksport yang penting selepas hasil utama iaitu bijih timah.Malangnya,pengeluaran getah secara besar-besaran telah menyebabkan wujudnya getah tiruan.Pihak yang mengeluarkan getah tiruan ialah Amerika Syarikat kerana mereka ingin mengaut keuntungan sendiri.Tetapi,kualiti getah tiruan adalah jauh berbeza dengan getahasal di Tanah Melayu yang berkualiti tinggi.


PENGUKUHAN SISTEM MATA WANG
            Selain itu, pengenalan sistem ekonomi kapitalis di Tanah Melayu turut memberi kesan kepada sistem mata wang. Sebelum kedatangan British, masyarakat Tanah Melayu menggunakan pelbagai jenis mata wang , seperti penggunaan mata wang dinar di negeri Kelantan, wang kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang. 

            Namun setelah kedatangan kuasa British di Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pengguanaan mata wang asing di Tanah Melayu.Mata wang Perak Sepanyol yang telah diperkenalkan pada tahun 1850 mampu bertahan sehingga 300 tahun . Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Melayu dan Negeri- Negeri Selat. 

            Pada tahun 1906, British telah memperkenalkan dollar wang kertas Negeri- negeri Selat. Seterusnya, British telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat, iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897. 

            Akibat dari keinginan untuk memudahkan lagi pengurusan kewangan, British telah menubuhkan sebuah institusi kewangan atau lebih dikenali sebagai bank. Sebelum kedatangan British, bank tidak wujud di Tanah Melayu.Penubuhan bank telah membawa kepada pengenalan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan pulangan faedah yang tinggi. Dengan adanya institusi kewangan ini, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat. Misalnya, bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu adalah Mercantile Bank yang ditubuhkan pada tahun 1859.



SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
            Dengan berkembangnya pentadbiran British di Tanah Melayu, perusahaan perlombongan bijih timah telah dijalankan secara besar- besaran di kawasan pedalaman. Pada peringkat awal, perlombongan bijih timah terhad di sekitar kawasan yang berhampiran dengan sungai- sungai yang besar dan cabang- cabangnya sahaja. Sungai merupakan jalan perhubungan yang utama yang membolehkan pelombong- pelombong membawa alat- alat perlombongan beserta bekalan makanan ke kawasan pedalaman. Selain menggunakan sungai, pelombong- pelombong juga menggunakan jalan kereta lembu dan jalan denai yang menghubungkan kawasan perlombongan mereka dengan tebing sungai. 

            Saudagar- saudagar Negeri- Negeri Selat telah memperkenalkan penggunaan kapal wap. Kapal wap dari Singapura sering datang ke pelabuhan kecil di pantai barat Tanah Melayu untuk mengambil hasil pertanian, hasil hutan, bijih timah dan juga penumpang. Peningkatan kegiatan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman menyebabkan banyak anak sungai yang cetek akibat timbunan geladak dan sisa bijih. Keadaan ini telah mendatangkan kesukaran kepada British untuk mengangkut hasil bijih timah, hasil hutan dari kawasan pedalaman.

             Cara pengangkutan tradisional seperti penggunaan sampan, perahu dan kereta lembu pula mempunyai banyak kelemahan. Antara kelemahan penggunaan pengangkutan jenis tersebut adalah seperti, tidak banyak muatan bijih timah yang boleh dibawa pada satu masa, perjalanan memakan masa yang agak panjang dan lambat.

            Oleh itu, satu sistem pengangkutan yang lebih pantas dan cekap diperlukan untuk kepentingan ekonomi British. Selain itu, sistem pengangkutan yang lebih baik digunakan untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran. 



Pembinaan Kereta api
            Landasan kereta api merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di semenanjung Tanah Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu khususnya terhadap getah dan bijih timah.Jalan- jalan kereta api telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari perlombongan ke pulabuhan untuk dieksport.

             Pada peringkat awal pembinaannya, landasan kereta api yang pendek telah dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan. Landasan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 ialah untuk mengadakan satu sistem pengangkutan dan perhubungan yang lebih cekap, kereta api ini boleh menghubungkan Taiping dengan Port-Weld telah menjadi perlombongan kawasan Larut.
            Kereta api telah menjadi sebuah kemudahan yang digunakan untuk membawa buruh, makanan serta jentera-jentera perlombongan yang berat dari pelabuhan ke kawasan perlombongan. Penerokaan kawasan-kawasan baru bijih timah dan getah dapat ditemui dengan terbinanya landasan kereta api persekutuan. Selepas pembinaan landasan kereta api itu, terdapat banyak ladang- ladang getah telah dibuka sepanjang jalan kereta api. 

Hospital Taiping

 Jalan Raya

 Sekolah Vernakular Cina


 Jalan Kereta Api

No comments:

Post a Comment