Wednesday 17 September 2014

SUMBER SEJARAH



SUMBER SEJARAH
Konsep  dan  Pengertian  Sumber
Istilah ‘sumber’dalam sejarah kerap digunakan sebagai bererti ‘punca’ ,’dokumen’ atau ‘rekod’.[1]Menurut Oxford English Dictionary,sumber bermaksud ‘sebuah karya ,dan lain-lain,yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta,kejadian atau siri hal-hal tersebut.[2]
Sumber sangat penting dalam sejarah dan adalah satu kewajiban kepada ahli sejarah.Sumber dalam bidang sejarah adalah elemen yang sangat penting untuk menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta sejarah. Tetapi sumber sejarah membawa pengertian yang amat luas dan mempunyai pelbagai sifat dan sebab inilah ia perlu ditafsir dengan jelas dan tepat. Sumber sejarah terdiri daripada rekod-rekod bertulis,cerita lisan,tinggalan perkampungan prasejerah,inskripsi pada batu-batu,sebarang testimony dan objek-objek yang boleh memberi penjelasan mengenai kewujudan sesuatu peristiwa sejarah manusia masa lampau.Semua bahan ini adalah penting dan bermakna terhadap ahli sejarah.
Sumber mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen ataupun maklumat yang bersifat asli tentang sesuatu fakta,kejadian ataupun hal-hal tertentu berkaitan sesuatu peristiwa sejarah.Oleh itu,ahli-ahli sejarah telah mengemukakan pendapat mereka tentang pengertian sumber.
Menurut Profesor Carr,sumber sejarah boleh terdiri daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan dipastikan[3]. Menurut Profesor Collingwood pula menyatakan sumber sejarah adalah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah[4].Lous Gottschalk pula menyatakan sumber sejarah adalah sebagai bahan bukti dalam bentuk tulisan,catatan dan saksi utama kepada peristiwa sejarah yang berlaku[5].Pendapat Neibuhr pula sumber sejarah adalah merupakan perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa lampau[6].
Dalam tafsiran umum,sumber sejarah merujuk kepada sekumpulan bahan-bahan sejarah yang wujud hasil daripada peristiwa zaman lampau.Sumber sejarah boleh terdiri daripada bahan-bahan bukti yang disimpan di tempat-tempat khusus seperti arkib negara,perpustakaan,muzium,pejabat menyimpan rekod,istana ataupun di rumag orang perseorangan.Selain daripada itu,sumber dianggap sebagai satu dokumen bukan sahaja sebagai bahan-bahan bertulis bahkan juga kesan peninggalan lama seperti gambar,batu ataupun senjata.
Bagi ahli sejarah lampau bermaksud ahli sejarah yang mengkaji sejarah peristiwa lampau,mereka bergantung kepada sumber sejarah yang berbentuk epoigrafi,arkeologi dan numismatik hasil daripada ekskavasi tapak-tapak arkeologi.Maksud numismatik ialah pencarian dan pengetahuan tentang duit syiling yang diguna pada masa lampau.Epoigrafi pula bermaksud adalah suatu cabang arkeologi yang berusaha meneliti benda-benda bertulis yang berasal dari masa lampau. Setelah wujudnya,rekod-rekod rasmi ini ahli sejarah mula mencari maklumat dan sumber sejarah di Arkid Negara ,mahkamah,dan sebagainya.

Selain itu,ahli-ahli sejarah juga bergantung kepada tinggalan manusia dan juga aktiviti pengeluaran manusia kerana sumber tersebut memberi pengetahuan tentang tamadun manusia.Hal ini berdasarkan tinggalan tengkorak-tengkorak manusia yang hidup semasa zaman prasejarah.Buktinya di Malaysia telah ditemui rangka manusia yang dikenali sebagai ‘Manusia Perak’oleh Profesor Datuk Dr.Zurina Majid di Gua Gunung Runtuh,Lenggong di Perak.penemuan tersebut telah memberikan tafsiran baharu terhadap kewujudan manusia awal.[7]
Secara kesimpulannya,ahli-ahli sejarah bergantung kepada sumber sejarah untuk membuktikan kejadian sesuatu peristiwa.Dalam tafsiran lain bermaksud sumber sejarah merupakan bahan yang menyediakan bukti tertentu untuk ahli sejarah mengemukakan satu rumusan ,penulisan dan tafsiran yang baik dan benar.

Jenis-jenis Sumber
 Terdapat empat jenis sumber sejarah yang diguna oleh ahli sejarah iaitu sumber primer,sumber sekunder,sumber arkeologi dan sumber lisan.

Sumber Primer
Sumber primer dikenali sebagai sumber utama,sumber awalan, sumber pertama atau sumber sezaman.Sumber primer merupakan punca utama untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah yang telah lepas. Menurut Lous Gottschalk,sumber primer adalah sumber yang diperoleh dalam bentuk bentuk catatan,rekod-rekod kerajaan,fail-fail rasmi,surat-menyurat,tulisan dan saksi utama kepada kejadian ataupun peristiwa lampau[8].Sumber primer ini dapat membantu ahli sejarah untuk memahami secara mendalam dan jelas tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.Ahli-ahli sejarah bergantung sepenuhnya terhadap penggunaan sumber primer untuk membantu mereka menghasilkan tafsiran yang bernas terhadap penggunaan sumber primer.Jadi,bagi ahli-ahli sejarah ,sumber primer berfungsi sebagai bukti yang amat berguna dalam membina tafsiran yang bernas.Sumber primer ialah bahan yang wujud secara asli dan tidak ditafsir lagi.
Sumber Sekunder
Sumber sekunder merupakan sumber sejarah yang telah dinilai, ditafsir,diproses oleh ahli-ahli sejarah.Tafsiran,andaian dan penilaian ahli-ahli sejarah terhadap peristiwa yang hendak dikaji adalah berasakan kepada penggunaan sumber primer seperti manuskrip,batu bersurat dan lain-lain.Sumber ini juga dikenali sebagai sumber kedua,sumber pendua dan sumber bukan sezaman[9].Sumber sekunder merupakan tafsiran,penyeluruhan,kesimpulan dan andaian yang dibuat oleh ahli sejarah terhadap perkara yang dikaji berdasarkan sumber primer.Konklusinya,sumber sekunder merupakan hasil-hasil penyelidikan dan tulisan ahli sejarah berdasarkan penggunaan sumber primer dan akhirnya dihasilkan dalam bentuk buku sejarah,rencana dan jurnal sejarah ataupun tesis
.
Sumber Arkeologi
Sumber arkeologi berdasarkan bukti-bukti tinggalan aktiviti yang dilakukan oleh manusia pada masa lampau seperti tinggalan sisa-sisa makanan,pecahan tembikar,repihan alat batu.Bukti tinggalan arkeologi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu artifak dan bukan artifak.Bahan arkeologi bukan artifak dikenali sebagai ekofak.Ekofak meliputi tinggalan tulang binatang,tumbuhan,tanah,sisa-sisa tulang serta tinggalan kulit siput.Bahan bukan artifak memaparkan kegiatan manusia lampau seperti apa yang mereka makan dan juga situasi persekitaran dalam kehidupan manusia lampau.Bahan artifak merupakan bahan yang diperbuat oleh manusia lampau dalam bentuk pelbagai objek seperti alat batu,senjata-senjata besi dan juga tembikar.
Sumber Lisan
Sumber lisan merupakan  satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah dan juga data sejarah yang masih belum lagi dikaji dan dirakam semula.Sumber lisan adalah satu proses pengumpulan data sejarah setelah hilangnya tradisi penulisan sejarah.Sumber lisan adalah berdasarkan kepada temu ramah saksi-saksi yang masih hidup seterusnya direkodkan oleh ahli sejarah dalam bentuk rakaman.Temu ramah tersebut bergantung kepada ingatan,gambar,diari ataupun surat-menyurat dan sebagainya.Saksi dalam temu ramah tersebut sangat penting kerana saksi akan menceritakan kejadian peristiwa sejarah yang berlaku kepada ahli-ahli sejarah dan dijadikan sebagai sumber rujukan.

Konsep Sumber Sejarah
Ahli sejarah mentafsir sesuatu sumber sejarah berdasarkan kepada pelbagai bentuk dan sifatnya yang tersendiri.Setiap sumber sejarah memberi gambaran dan maklumat .Perkara ini berlaku akibat masa sumber dihasilkan ,tempat sumber dihasilkan serta jenis peristiwa yang berlaku. 
Seseorang ahli sejarah mempunyai tugas yang penting iaitu perlu memiliki pengetahuan tentang sumber sejarah yang sedia sebelum menjalankan sesuatu penyelidikan sejarah.Ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu melakukan kesilapan dalam mentafsir sesuatu sumber yang dirujuk.Konsep sumber dalam bidang sejarah dibahagi kepada dua bentuk iaitu yang pertama sumber bertulis dan tidak bertulis dan tidak bertulis manakala yang kedua ialah artifak dan bukan artifak.

Sumber Bertulis
Sistem tulisan telah wujud apabila manusia dan masyarakat mencapai tahap ketamadunan.Konsep sumber bertulis dalam bidang sejarah wujud setelah lahirnya sistem tulisan dalam sesebuah masyrakat di dunia.Pengenalan sstem tulisan telah memberi kesan kepada corak dan kehidupan manusia kerana segala peristiwa yang berlaku akan dirakamkan atau dicatatkan dalam bentuk manuskrip,dokumen dan juga tulisan tangan.Dokumen,tulisan tangan,manuskrip dan sebarang catatan dianggap sebagai konsep sumber sejarah yang bertulis.

Sumber Tidak Bertulis
Konsep sumber tidak bertulis wujud dalam masyarakat yang tidak memiliki sistem tulisan ataupun catatan.Dalam kehidupan manusia,juga terdapat segolongan yang tidak memberi perhatian berat terhadap sistem tulisan .Masyarakat ini hidup dalam sistem komunikasi secara lisan dan kebergantungan pada sistem komunikasi telah menyebabkan wujudnya sumber lisan.
Sumber lisan ini diwarisi secara turun-temurun oleh generasi tertentu.Penggunaan sumber lisan ini adalah terbatas apabila ahli sejarah menjalankan penyelidikan sejarah.Hal ini kerana sumber lisan hanya bergantung pada ingatan saksi yang ditemu ramah oleh ahli-ahli sejarah dan menuturkannya semula tentang kejadian tersebut.Oleh itu,saksi tersebut perlu mengingati semua kejadian sejarah apabila menurunkan fakta-fakta sejarah tentang kejadian tersebut kepada ahli sejarah.Sumber lisan yang diwarisi dalam masyarakat yang tidak mempunyai sistem tulisan  adalah satu elemen yang terpenting supaya dapat dijadikan sebagai catatan tentang peristiwa penting yang berlaku.


Artifak
Sumber sejarah yang berbentuk artifak ditemui dalam proses ekskavasi yang dilakukan oleh ahli arkeologi.Artifak boleh terdiri dalam bentuk tulang,batu,besi,serpihan tembikar,porselin,manik dan sebagainya.Penemuan artifak dapat memberi maklumat awal dalam bidang sejarah terutamanya dalam menentukan pembentukan sesuatu masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah.Tetapi kerja-kerja penemuan artifak ini mengambil masa panjang dan juga bergantung kepada keupayaan ahli arkeologi untuk mengesan tempat ekskavasi secara tepat.

Bukan Artifak
Sumber bukan artifak bergantung kepada penemuan bahan-bahan makanan yang digunakan oleh masyarakat yang hidup pada zaman lampau itu.Antara bahan-bahan makanan yang ditemui dan digunakan oleh ahli-ahli sejarah ialah bahan-bahan organik,tulang-tulang binatang dan juga sisa-sisa makanan.


Ciri-ciri Sumber Sejarah
Keaslian kandungan sumber
Sumber sejarah yang digunakan dalam sesuatu kajian sejarah perlu dikenal pasti sama ada mempunyai kandungan yang asli atau tidak.ahli-ahli sejarah perlu berhati-hati semasa menggunakan sumber sejarah.Ahli sejarah perlu memastikan sumber sejarah yang digunakan dalam penyelidikan mereka berada dalam kandungan yang asli.
Melalui sumber asli,ahli-ahli sejarah mampu mencari fakta yang akan menjadi bukti dan berdasarkan fakta tersebut,ahli-ahli sejarah dapat membuat tafsiran yang bernas.Sumber asli juga akan memberi ruang kepada ahli-ahli sejarah untuk mencari fakta bagi menjawab persoalan yang timbul dan masih belum dijawab lagi.Berdasarkan sumber asli,ahli-ahli sejarah mampu mencari jawapan atau penyelesaian yang tepat.Sumber asli mampu memberikan bukti-bukti yang kukuh dan boleh dipercayai supaya tidak dipertikaikan oleh ahli sejarah lain dan juga berada dalam keadaan mutlak.

Sumber sebagai bahan mentah
Ahli-ahli sejarah perlu memiliki kemahiran bagi memastikan sumber sejarah yang dirujuk merupakan  bahan mentah yang baharu dan bukanlah bahan yang telah mengalami perubahan dari segi fizikal   segi dalam mendapatkan fakta dan bukti. Selain itu,ahli-ahli sejarah juga perlu memastikan sumber yang digunakan sebagai rujukan itu tidak mengalami sebarang perubahan dari sudut fizikalnya.Dokumen seperti surat,minit mesyuarat ,memo ,surat-surat rasmi,dan sebagainya dilihat oleh ahli sejarah dalam keadaan asal dan belum lagi diproses atau mengalami pindaan dalam dokumen-dokumen tersebut.
Setelah ahli-ahli sejarah memastikan sumber tersebut merupakan bahan mentah maka ahli-ahli sejarah akan membuat tafsiran terhadap sumber-sumber tersebut.Tafsiran terhadap sumber tersebut akan membantu ahli-ahli sejarah mengemukakan bukti-bukti yang konkrit.Dengan ada bukti-bukti yang konkrit ,ahli sejarah lain tidak akan mendapat sebarang ruang untuk mempertikaikan kajian dan penulisan sejarah.

Perolehan Sumber
Sumber sejarah boleh ditemui atau dirujuk di tempat-tempat atau lokasi yang tertentu sahaja.Ahli-ahli sejarah akan menghadapi kesulitan untuk mendapat sumber primer memandangkan ia sukar diperoleh.Untuk mencari sumber primer,ahli sejarah perlu membuat pencarian dan penyelidikan untuk mendapatkan sumber tersebut sama ada di Arkib Negara,perpustakaan, di kawasan lapangan ataupun mengunjungi ke arkib yang berada di luar negeri.
Kemampuan ahli sejarah untuk mengakses sumber primer bergantung kepaa rujukan terbuka ataupun rujukan tertutup.Rujukan terbuka bermaksud ahli sejarah boleh merujuk sumber primer tersebut pada bila-bila masa dan tiada sekatan.Rujukan tertutup pula bermaksud ahli-ahli sejarah tidak diberikan kebenaran untuk mengakses sumber primer tersebut.
Usia sumber primer juga diambil kira sebelum ia dibuka sebagai rujukan kepada ahli-ahli sejarah.Sumber –sumber rasmi hanya boleh diakses oleh ahli-ahli sejarah setelah sumber tersebut mencapai usia 25 ke atas.Sebagai contohnya,sumber-sumber kerajaan tertakluk kepada Akta Arkib Negara dan akta-akta lain[10].Di Malaysia,sumber kerajaan dikaitkan dengan Akta Rahsia Rasmi .[11]Walau bagaimanapun ahli-ahli sejarah boleh membuat permohonan untuk mengakses sumber primer yang tertutup ataupun belum mencapai usia kematangan dn kerahsiaan.Di negara maju seperti United Kingdom[12].
Bagi ahli sejarah yang bergantung kepada sumber primer arkeologi seperti artifak maka ahli arkeologi perlu membuat kajian tentang lokasi untuk mendapatkan sumber arkeologi.Ahli arkeologi perlu menjalankan proses ekskavasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai tapak tinggalan prasejarah atau potosejarah.Sebaliknya,sumber sekunder lebih mudah diperoleh di perpustakaan ataupun kedai buku.



Keadaan Fizikal Sesuatu Sumber
Ahli-ahli sejarah perlu memastikan keadaan sumber yang dirujuk berada dalam keadaan fizikal yang sebenar.Ahli sejarah perlu meneliti sumber sejarah tersebut tidak mengalami sebarang perubahan sifat dan fizikal.Ahli sejarah lebih suka merujuk kepada sumber sejarah yang masih kekal keadaan fizikal berbanding dengan sumber sejarah yang sudah diproses dan mengalami perubahan fizikal.
Sumber sejarah yang masih berada dalam keadaan fizikal sebenar dapat memberikan tafsiran dan penemuan fakta-fakta yang baharu kepada persoalan sejarah yang hendak dikaji oleh ahli sejarah.Sumber sejarah yang sudah mengalami perubahan fizikal kurang memberikan fakta-fakta baharu kepada ahli sejarah.Ahli sejarah menggunakan sumber sejarah yang sudah mengalami perubahan fizikal sebagai fakta sokongan ataupun fakta tambahan  terhadap persoalan kajian sejarah yang dijalankan.





[1] R.Suntharalingam.(1985).Kuala Lumpur.Pengenalan Kepada Sejarah.Marican &Sons (M) Sdn Bhd.Hlm 28
[2] IBID. Hlm 29
[3] P.Sivarajan PhD, S.Malar Arasi(2013).Selangor: Pengantar Sejarah. Penerbitan Multimedia
  Sdn.Bhd. Hlm34
[4] IBID. Hlm34

[5] IBID. Hlm34
[6] IBID. Hlm34
[7]Rozeman Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor :Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 4
[8]IBID.Hlm 5
[9] Rozeman Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor :Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 7
[10] Rozeman Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor :Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14
[11] Rozeman Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor :Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14
[12] Rozeman Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor :Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14


 Bangunan bersejarah yang merupakan sumber arkeologi.

 Batu bersurat juga merupakan salah satu  sumber primer.


 Surat kerajaan juga antara salah satu sumber primer.

15 comments:

  1. Terima kasih tuan, sangat padat dan kemas 100%

    ReplyDelete
  2. Apakah kebaikan sesuatu peristiwa sejarah dilihat dari pelbagai sudut tafsiran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia adalah anak kambing berjalan d atas pentas

      Delete
  3. Tq for the notes🙏🏻🙏🏻

    ReplyDelete
  4. Not sure about your information

    ReplyDelete
  5. Nilai nilai Yang boleh diperolehi daripada penemuan penemuan sumber sumber sejarah

    ReplyDelete
  6. thank you for sharing about this history.thank you for everything

    ReplyDelete
  7. Love it helpful for my homework 😉

    ReplyDelete
  8. Bole saya tahu apakah perbezaan ciri ciri sumber artifak dengan sumber bukan artifak ...

    ReplyDelete
  9. Sports Betting - Mapyro
    Bet the 메이피로출장마사지 moneyline from 1:25 PM to 11:00 gri-go.com PM. See poormansguidetocasinogambling more. MapYO Sportsbook features ford fusion titanium live jancasino odds, live streaming, and detailed information.

    ReplyDelete