SUMBER SEJARAH
Konsep
dan Pengertian Sumber
Istilah
‘sumber’dalam sejarah kerap digunakan sebagai bererti ‘punca’ ,’dokumen’ atau
‘rekod’.[1]Menurut Oxford English
Dictionary,sumber bermaksud ‘sebuah karya ,dan lain-lain,yang menyediakan
maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu
fakta,kejadian atau siri hal-hal tersebut.[2]
Sumber
sangat penting dalam sejarah dan adalah satu kewajiban kepada ahli
sejarah.Sumber dalam bidang sejarah adalah elemen yang sangat penting untuk
menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta sejarah. Tetapi sumber sejarah
membawa pengertian yang amat luas dan mempunyai pelbagai sifat dan sebab inilah
ia perlu ditafsir dengan jelas dan tepat. Sumber sejarah terdiri daripada
rekod-rekod bertulis,cerita lisan,tinggalan perkampungan prasejerah,inskripsi
pada batu-batu,sebarang testimony dan objek-objek yang boleh memberi penjelasan
mengenai kewujudan sesuatu peristiwa sejarah manusia masa lampau.Semua bahan
ini adalah penting dan bermakna terhadap ahli sejarah.
Sumber
mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen ataupun maklumat yang bersifat
asli tentang sesuatu fakta,kejadian ataupun hal-hal tertentu berkaitan sesuatu
peristiwa sejarah.Oleh itu,ahli-ahli sejarah telah mengemukakan pendapat mereka
tentang pengertian sumber.
Menurut
Profesor Carr,sumber sejarah boleh terdiri daripada sekumpulan fakta yang telah
diteliti dan dipastikan[3]. Menurut Profesor
Collingwood pula menyatakan sumber sejarah adalah teks yang mempunyai kenyataan
mengenai sesuatu peristiwa sejarah[4].Lous Gottschalk pula
menyatakan sumber sejarah adalah sebagai bahan bukti dalam bentuk
tulisan,catatan dan saksi utama kepada peristiwa sejarah yang berlaku[5].Pendapat Neibuhr pula
sumber sejarah adalah merupakan perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa
lampau[6].
Dalam tafsiran umum,sumber sejarah
merujuk kepada sekumpulan bahan-bahan sejarah yang wujud hasil daripada
peristiwa zaman lampau.Sumber sejarah boleh terdiri daripada bahan-bahan bukti
yang disimpan di tempat-tempat khusus seperti arkib
negara,perpustakaan,muzium,pejabat menyimpan rekod,istana ataupun di rumag
orang perseorangan.Selain daripada itu,sumber dianggap sebagai satu dokumen
bukan sahaja sebagai bahan-bahan bertulis bahkan juga kesan peninggalan lama
seperti gambar,batu ataupun senjata.
Bagi ahli sejarah lampau bermaksud
ahli sejarah yang mengkaji sejarah peristiwa lampau,mereka bergantung kepada
sumber sejarah yang berbentuk epoigrafi,arkeologi dan numismatik hasil daripada
ekskavasi tapak-tapak arkeologi.Maksud numismatik ialah pencarian dan
pengetahuan tentang duit syiling yang diguna pada masa lampau.Epoigrafi pula
bermaksud adalah suatu cabang arkeologi
yang berusaha meneliti benda-benda bertulis yang berasal dari masa lampau. Setelah
wujudnya,rekod-rekod rasmi ini ahli sejarah mula mencari maklumat dan sumber
sejarah di Arkid Negara ,mahkamah,dan sebagainya.
Selain itu,ahli-ahli sejarah juga
bergantung kepada tinggalan manusia dan juga aktiviti pengeluaran manusia
kerana sumber tersebut memberi pengetahuan tentang tamadun manusia.Hal ini
berdasarkan tinggalan tengkorak-tengkorak manusia yang hidup semasa zaman
prasejarah.Buktinya di Malaysia telah ditemui rangka manusia yang dikenali
sebagai ‘Manusia Perak’oleh Profesor Datuk Dr.Zurina Majid di Gua Gunung
Runtuh,Lenggong di Perak.penemuan tersebut telah memberikan tafsiran baharu
terhadap kewujudan manusia awal.[7]
Secara kesimpulannya,ahli-ahli sejarah
bergantung kepada sumber sejarah untuk membuktikan kejadian sesuatu
peristiwa.Dalam tafsiran lain bermaksud sumber sejarah merupakan bahan yang
menyediakan bukti tertentu untuk ahli sejarah mengemukakan satu rumusan
,penulisan dan tafsiran yang baik dan benar.
Jenis-jenis Sumber
Terdapat empat jenis sumber sejarah yang
diguna oleh ahli sejarah iaitu sumber primer,sumber sekunder,sumber arkeologi
dan sumber lisan.
Sumber Primer
Sumber primer dikenali sebagai sumber
utama,sumber awalan, sumber pertama atau sumber sezaman.Sumber primer merupakan
punca utama untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah yang telah lepas. Menurut
Lous Gottschalk,sumber primer adalah sumber yang diperoleh dalam bentuk bentuk
catatan,rekod-rekod kerajaan,fail-fail rasmi,surat-menyurat,tulisan dan saksi
utama kepada kejadian ataupun peristiwa lampau[8].Sumber primer ini dapat
membantu ahli sejarah untuk memahami secara mendalam dan jelas tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa lampau.Ahli-ahli sejarah bergantung sepenuhnya
terhadap penggunaan sumber primer untuk membantu mereka menghasilkan tafsiran
yang bernas terhadap penggunaan sumber primer.Jadi,bagi ahli-ahli sejarah ,sumber
primer berfungsi sebagai bukti yang amat berguna dalam membina tafsiran yang
bernas.Sumber primer ialah bahan yang wujud secara asli dan tidak ditafsir
lagi.
Sumber Sekunder
Sumber sekunder merupakan sumber
sejarah yang telah dinilai, ditafsir,diproses oleh ahli-ahli
sejarah.Tafsiran,andaian dan penilaian ahli-ahli sejarah terhadap peristiwa
yang hendak dikaji adalah berasakan kepada penggunaan sumber primer seperti
manuskrip,batu bersurat dan lain-lain.Sumber ini juga dikenali sebagai sumber
kedua,sumber pendua dan sumber bukan sezaman[9].Sumber sekunder merupakan
tafsiran,penyeluruhan,kesimpulan dan andaian yang dibuat oleh ahli sejarah
terhadap perkara yang dikaji berdasarkan sumber primer.Konklusinya,sumber
sekunder merupakan hasil-hasil penyelidikan dan tulisan ahli sejarah
berdasarkan penggunaan sumber primer dan akhirnya dihasilkan dalam bentuk buku
sejarah,rencana dan jurnal sejarah ataupun tesis
.
.
Sumber Arkeologi
Sumber
arkeologi berdasarkan bukti-bukti tinggalan aktiviti yang dilakukan oleh
manusia pada masa lampau seperti tinggalan sisa-sisa makanan,pecahan
tembikar,repihan alat batu.Bukti tinggalan arkeologi boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu artifak dan bukan artifak.Bahan arkeologi bukan artifak dikenali
sebagai ekofak.Ekofak meliputi tinggalan tulang
binatang,tumbuhan,tanah,sisa-sisa tulang serta tinggalan kulit siput.Bahan
bukan artifak memaparkan kegiatan manusia lampau seperti apa yang mereka makan dan
juga situasi persekitaran dalam kehidupan manusia lampau.Bahan artifak
merupakan bahan yang diperbuat oleh manusia lampau dalam bentuk pelbagai objek
seperti alat batu,senjata-senjata besi dan juga tembikar.
Sumber Lisan
Sumber
lisan merupakan satu kaedah pengumpulan
fakta-fakta sejarah dan juga data sejarah yang masih belum lagi dikaji dan dirakam
semula.Sumber lisan adalah satu proses pengumpulan data sejarah setelah
hilangnya tradisi penulisan sejarah.Sumber lisan adalah berdasarkan kepada temu
ramah saksi-saksi yang masih hidup seterusnya direkodkan oleh ahli sejarah
dalam bentuk rakaman.Temu ramah tersebut bergantung kepada ingatan,gambar,diari
ataupun surat-menyurat dan sebagainya.Saksi dalam temu ramah tersebut sangat
penting kerana saksi akan menceritakan kejadian peristiwa sejarah yang berlaku
kepada ahli-ahli sejarah dan dijadikan sebagai sumber rujukan.
Konsep Sumber Sejarah
Ahli
sejarah mentafsir sesuatu sumber sejarah berdasarkan kepada pelbagai bentuk dan
sifatnya yang tersendiri.Setiap sumber sejarah memberi gambaran dan maklumat
.Perkara ini berlaku akibat masa sumber dihasilkan ,tempat sumber dihasilkan
serta jenis peristiwa yang berlaku.
Seseorang
ahli sejarah mempunyai tugas yang penting iaitu perlu memiliki pengetahuan
tentang sumber sejarah yang sedia sebelum menjalankan sesuatu penyelidikan
sejarah.Ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu melakukan kesilapan dalam
mentafsir sesuatu sumber yang dirujuk.Konsep sumber dalam bidang sejarah dibahagi
kepada dua bentuk iaitu yang pertama sumber bertulis dan tidak bertulis dan
tidak bertulis manakala yang kedua ialah artifak dan bukan artifak.
Sumber Bertulis
Sistem
tulisan telah wujud apabila manusia dan masyarakat mencapai tahap
ketamadunan.Konsep sumber bertulis dalam bidang sejarah wujud setelah lahirnya
sistem tulisan dalam sesebuah masyrakat di dunia.Pengenalan sstem tulisan telah
memberi kesan kepada corak dan kehidupan manusia kerana segala peristiwa yang
berlaku akan dirakamkan atau dicatatkan dalam bentuk manuskrip,dokumen dan juga
tulisan tangan.Dokumen,tulisan tangan,manuskrip dan sebarang catatan dianggap
sebagai konsep sumber sejarah yang bertulis.
Sumber Tidak Bertulis
Konsep
sumber tidak bertulis wujud dalam masyarakat yang tidak memiliki sistem tulisan
ataupun catatan.Dalam kehidupan manusia,juga terdapat segolongan yang tidak
memberi perhatian berat terhadap sistem tulisan .Masyarakat ini hidup dalam
sistem komunikasi secara lisan dan kebergantungan pada sistem komunikasi telah
menyebabkan wujudnya sumber lisan.
Sumber
lisan ini diwarisi secara turun-temurun oleh generasi tertentu.Penggunaan
sumber lisan ini adalah terbatas apabila ahli sejarah menjalankan penyelidikan
sejarah.Hal ini kerana sumber lisan hanya bergantung pada ingatan saksi yang
ditemu ramah oleh ahli-ahli sejarah dan menuturkannya semula tentang kejadian
tersebut.Oleh itu,saksi tersebut perlu mengingati semua kejadian sejarah
apabila menurunkan fakta-fakta sejarah tentang kejadian tersebut kepada ahli
sejarah.Sumber lisan yang diwarisi dalam masyarakat yang tidak mempunyai sistem
tulisan adalah satu elemen yang
terpenting supaya dapat dijadikan sebagai catatan tentang peristiwa penting
yang berlaku.
Artifak
Sumber
sejarah yang berbentuk artifak ditemui dalam proses ekskavasi yang dilakukan
oleh ahli arkeologi.Artifak boleh terdiri dalam bentuk
tulang,batu,besi,serpihan tembikar,porselin,manik dan sebagainya.Penemuan artifak
dapat memberi maklumat awal dalam bidang sejarah terutamanya dalam menentukan
pembentukan sesuatu masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah.Tetapi
kerja-kerja penemuan artifak ini mengambil masa panjang dan juga bergantung
kepada keupayaan ahli arkeologi untuk mengesan tempat ekskavasi secara tepat.
Bukan Artifak
Sumber
bukan artifak bergantung kepada penemuan bahan-bahan makanan yang digunakan
oleh masyarakat yang hidup pada zaman lampau itu.Antara bahan-bahan makanan
yang ditemui dan digunakan oleh ahli-ahli sejarah ialah bahan-bahan organik,tulang-tulang
binatang dan juga sisa-sisa makanan.
Ciri-ciri Sumber Sejarah
Keaslian kandungan sumber
Sumber
sejarah yang digunakan dalam sesuatu kajian sejarah perlu dikenal pasti sama
ada mempunyai kandungan yang asli atau tidak.ahli-ahli sejarah perlu
berhati-hati semasa menggunakan sumber sejarah.Ahli sejarah perlu memastikan
sumber sejarah yang digunakan dalam penyelidikan mereka berada dalam kandungan yang
asli.
Melalui sumber
asli,ahli-ahli sejarah mampu mencari fakta yang akan menjadi bukti dan
berdasarkan fakta tersebut,ahli-ahli sejarah dapat membuat tafsiran yang
bernas.Sumber asli juga akan memberi ruang kepada ahli-ahli sejarah untuk
mencari fakta bagi menjawab persoalan yang timbul dan masih belum dijawab
lagi.Berdasarkan sumber asli,ahli-ahli sejarah mampu mencari jawapan atau
penyelesaian yang tepat.Sumber asli mampu memberikan bukti-bukti yang kukuh dan
boleh dipercayai supaya tidak dipertikaikan oleh ahli sejarah lain dan juga
berada dalam keadaan mutlak.
Sumber sebagai bahan mentah
Ahli-ahli
sejarah perlu memiliki kemahiran bagi memastikan sumber sejarah yang dirujuk
merupakan bahan mentah yang baharu dan
bukanlah bahan yang telah mengalami perubahan dari segi fizikal segi
dalam mendapatkan fakta dan bukti. Selain itu,ahli-ahli sejarah juga perlu
memastikan sumber yang digunakan sebagai rujukan itu tidak mengalami sebarang
perubahan dari sudut fizikalnya.Dokumen seperti surat,minit mesyuarat ,memo
,surat-surat rasmi,dan sebagainya dilihat oleh ahli sejarah dalam keadaan asal
dan belum lagi diproses atau mengalami pindaan dalam dokumen-dokumen tersebut.
Setelah
ahli-ahli sejarah memastikan sumber tersebut merupakan bahan mentah maka
ahli-ahli sejarah akan membuat tafsiran terhadap sumber-sumber
tersebut.Tafsiran terhadap sumber tersebut akan membantu ahli-ahli sejarah
mengemukakan bukti-bukti yang konkrit.Dengan ada bukti-bukti yang konkrit ,ahli
sejarah lain tidak akan mendapat sebarang ruang untuk mempertikaikan kajian dan
penulisan sejarah.
Perolehan Sumber
Sumber
sejarah boleh ditemui atau dirujuk di tempat-tempat atau lokasi yang tertentu
sahaja.Ahli-ahli sejarah akan menghadapi kesulitan untuk mendapat sumber primer
memandangkan ia sukar diperoleh.Untuk mencari sumber primer,ahli sejarah perlu
membuat pencarian dan penyelidikan untuk mendapatkan sumber tersebut sama ada
di Arkib Negara,perpustakaan, di kawasan lapangan ataupun mengunjungi ke arkib
yang berada di luar negeri.
Kemampuan
ahli sejarah untuk mengakses sumber primer bergantung kepaa rujukan terbuka
ataupun rujukan tertutup.Rujukan terbuka bermaksud ahli sejarah boleh merujuk
sumber primer tersebut pada bila-bila masa dan tiada sekatan.Rujukan tertutup
pula bermaksud ahli-ahli sejarah tidak diberikan kebenaran untuk mengakses
sumber primer tersebut.
Usia
sumber primer juga diambil kira sebelum ia dibuka sebagai rujukan kepada
ahli-ahli sejarah.Sumber –sumber rasmi hanya boleh diakses oleh ahli-ahli
sejarah setelah sumber tersebut mencapai usia 25 ke atas.Sebagai
contohnya,sumber-sumber kerajaan tertakluk kepada Akta Arkib Negara dan
akta-akta lain[10].Di
Malaysia,sumber kerajaan dikaitkan dengan Akta Rahsia Rasmi .[11]Walau bagaimanapun
ahli-ahli sejarah boleh membuat permohonan untuk mengakses sumber primer yang
tertutup ataupun belum mencapai usia kematangan dn kerahsiaan.Di negara maju
seperti United Kingdom[12].
Bagi
ahli sejarah yang bergantung kepada sumber primer arkeologi seperti artifak
maka ahli arkeologi perlu membuat kajian tentang lokasi untuk mendapatkan sumber
arkeologi.Ahli arkeologi perlu menjalankan proses ekskavasi di kawasan yang
dikenal pasti sebagai tapak tinggalan prasejarah atau
potosejarah.Sebaliknya,sumber sekunder lebih mudah diperoleh di perpustakaan
ataupun kedai buku.
Keadaan Fizikal Sesuatu Sumber
Ahli-ahli
sejarah perlu memastikan keadaan sumber yang dirujuk berada dalam keadaan
fizikal yang sebenar.Ahli sejarah perlu meneliti sumber sejarah tersebut tidak
mengalami sebarang perubahan sifat dan fizikal.Ahli sejarah lebih suka merujuk
kepada sumber sejarah yang masih kekal keadaan fizikal berbanding dengan sumber
sejarah yang sudah diproses dan mengalami perubahan fizikal.
Sumber
sejarah yang masih berada dalam keadaan fizikal sebenar dapat memberikan
tafsiran dan penemuan fakta-fakta yang baharu kepada persoalan sejarah yang
hendak dikaji oleh ahli sejarah.Sumber sejarah yang sudah mengalami perubahan
fizikal kurang memberikan fakta-fakta baharu kepada ahli sejarah.Ahli sejarah
menggunakan sumber sejarah yang sudah mengalami perubahan fizikal sebagai fakta
sokongan ataupun fakta tambahan terhadap
persoalan kajian sejarah yang dijalankan.
[1]
R.Suntharalingam.(1985).Kuala Lumpur.Pengenalan Kepada Sejarah.Marican
&Sons (M) Sdn Bhd.Hlm 28
[2]
IBID. Hlm 29
[3] P.Sivarajan
PhD, S.Malar Arasi(2013).Selangor: Pengantar Sejarah. Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd. Hlm34
[4]
IBID. Hlm34
[5]
IBID. Hlm34
[6]
IBID. Hlm34
[7]Rozeman
Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor
:Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 4
[8]IBID.Hlm
5
[9] Rozeman
Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor
:Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 7
[10] Rozeman
Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor
:Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14
[11] Rozeman
Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor
:Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14
[12] Rozeman
Bin Haji Abu Hassan.(2010).ABX1103 Aplikasi Sejarah.Open University Selangor
:Meteor Doc Sdn Bhd.Hlm 14
Bangunan bersejarah yang merupakan sumber arkeologi.
Batu bersurat juga merupakan salah satu sumber primer.
Surat kerajaan juga antara salah satu sumber primer.
Bangunan bersejarah yang merupakan sumber arkeologi.
Surat kerajaan juga antara salah satu sumber primer.
Terima kasih tuan, sangat padat dan kemas 100%
ReplyDeleteApakah kebaikan sesuatu peristiwa sejarah dilihat dari pelbagai sudut tafsiran?
ReplyDeleteIa adalah anak kambing berjalan d atas pentas
DeleteBerguna untuk saya.
ReplyDeleteBerguna untuk saya.
ReplyDeleteTq for the notes🙏🏻🙏🏻
ReplyDelete☺️☺️☺️
DeleteNot sure about your information
ReplyDeleteNilai nilai Yang boleh diperolehi daripada penemuan penemuan sumber sumber sejarah
ReplyDeletethank you for sharing about this history.thank you for everything
ReplyDeleteLove it helpful for my homework 😉
ReplyDelete😄🤩
ReplyDeleteBole saya tahu apakah perbezaan ciri ciri sumber artifak dengan sumber bukan artifak ...
ReplyDeleteTk phm
ReplyDeleteSports Betting - Mapyro
ReplyDeleteBet the 메이피로출장마사지 moneyline from 1:25 PM to 11:00 gri-go.com PM. See poormansguidetocasinogambling more. MapYO Sportsbook features ford fusion titanium live jancasino odds, live streaming, and detailed information.